Sudah tersebar di fesbuk mengenai tarikh BERSIH 3.0. Kononnya akan diadakan pada 28hb April 2011 di Dataran Merdeka, Ini kononnya bagi mendesak dan memaksa SPR dan kerajaan BN menerima bulat-bulat tanpa soal kesemua 8 Tuntutan BERSIH. Hamboi. Takkan suara BERSIH dan tuntutan BERSIH sahaja yang penting? sebelum ini kerajaan BN telah menubuhkan JKTP Penambah-baikkan proses Pilihanraya agar ianya tidak diperkecilkan dan dikatakan sebagai tidak adil dan berat sebelah.
Memandangkan Akta Perhimpunan Aman telah diluluskan kemungkinan perhimpunan tersebut dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu oleh pihak Polis. Tetapi pada masa yang sama BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang tak berdaftar. Jadi siapakah yang akan mengambi tanggungjawab ke atas keselamatan dan memberikan jaminan bahawa perhimpunan itu tidak menjadi ganas dan agresif? Adakah penganjur sanggup membayar sebarang gantirugi kerosakan kepada hartabenda awam dan kepada para peniaga?
Berdasarkan kepada pengalaman perhimpunan sokongan kepada Anwar Israel di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PKR yang menganjurkannya pun enggan bertanggungjawab ke atas insiden letupan 3 biji bom. Malah peraturan yang ditetapkan pun tidak dipatuhi oleh PKR. Azmin Ali sendiri berbohong mengenai PKR menerima 10 syarat-syarat yang ditetapkan oleh PDRM.
Di dalam Teori sains Politik diakui tidak ada sebarang demonstrasi jalanan mampu menumbangkan mana-mana kerajaan. Ianya hanya cubaan untuk menajamkan konflik dalaman di dalam kerajaan sahaja. Jika itu tidak tercapai tidak mustahil demonstrasi tersebut menajdi senjata makan tuan kepada penganjur dan penaja nya sendiri.
Kita hanya ada beberapa soalan sahaja kepada penganjur BERSIH 3.0 iaitu adakah 8 tuntutan BERSIH itu hasil suara denyut nadi rakyat atau pakatan rakyat ? Kedua adakah BERSIH sanggup bertanggungjawab ke atas segala kerosakan yang dilakukan oleh para demonstran? Adakah BERSIH sanggup membayar sebarang jumpah pampasan dan gantirugi kepada kerugian yang dialami oleh para peniaga? Apakah jaminan keselamatan daripada BERSIH kepada orang awam?
Jangan nak syok berdemo sahaja tapi tak nak bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut. itu namanya bacol. Kalau anda rakyat Malaysia yang cintakan negara dan sukakan penyelesaian secara perdamaian, eloklah anda menjauhi diri daripada perhimpunan tersebut kerana anda tidak akan dilindungi oleh penganjurnya. Nasib anda lah nanti. Sendiri tanggung. Pihak lain yang dapat untung.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan