Ahad, 15 April 2012

DEMO ANTI PTPTN DIPENUHI UNSUR KHURAFAT.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan betapa unsur-unsur khurafat seperti kalungan bunga maut dan potret gambar adalah sama seperti mana-mana kepercayaan selain Islam. Malah ianya menyerupai amalan Syiah .





Kalungan Bunga Maut pula menyerupai amalan ritual agama Hindu. Perarakan potret menyerupai amalan Syiah. Beginilah caranya anak muda Melayu diselewengkan akidah mereka oleh pemimpin PR DRAKULA.
Hairannya, anak muda Melayu yang mendakwa mereka adalah golongan cerdik dan pintar kerana memaki hamun dengan menghina pemimpin sebangsa mereka tidak menyedari mereka diperdayakan sebegitu rupa.

Seperkara lagi, anak muda Melayu tersebut amat mudah tertipu dengan hasutan pemimpin Cina DAP agar menghina pemimpin sebangsa dan seagama dengan mereka.  Para demonstran tersebut perlu sedar bahawa keberadaan mereka di IPTA dan IPTS kerana PTPTN dan kuota Bumiputera di dalam Perlembagaan yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin sebangsa dan seagama yang mereka perhinakan di dalam perarakan Khurafat Tahyul anti PTPTN. 

Segala demonstratsi anjuran PR Drakula akhir-akhir ini tidak mendapat sambutan dan seringkali gagal mencapai matlamat dan sasaran yang dikehendaki. Sebaliknya, semua demonstrasi mereka menjadi tawar dan hambar. Ianya ibarat senjata makan tuan.

Buat lah lagi banyak-banyak demonstrasi. Lagi cepat PR Drakula mati.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

2 ulasan:

PENGUNDI MUDA berkata...

SEBAGAI PENGUNDI MUDA YANG NON PARTISAN, SAYA BERASA AMAT MENYAMPAH DGN APA YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA2 INI. DAN SEMAKIN MENYAMPAH APABILA MELIHAT WAKIL RAKYAT PUN TURUT SERTA DALAM DEMO YANG SIA2 INI..

Jas Salleh berkata...

BEGITU LAH BRO PR DRAKULA NIE
APABILA KEHENDAK MEREKA DI LAYAN MAKIN MEREKA NGADA2
TAPI KEHENDAK PIHAK LAIN MEREKA TAK PERNAH NAK LAYAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...