Ahad, 11 Mac 2012

TEGURAN KONSTRUKTIF & TEGURAN DESTRUKTIF DALAM SEMUA ISU.

Perubahan bermula apabila pentadbiran Pak Lah memperkenalkan polisi keterbukaan. Kemudian diperkenalkan Islam Hadhari. Disitulah bermulanya permainan End Game dalam percaturan politik di Malaysia. Kononnya menggantikan yang lama dengan yang baru. Lama dan Baru. Ortodoks dan All-Bodoh. Bangsawan dan Marhain. Elitis dan Eksklusif. Malangnya niat dan maksud baik Pak Lah merupakan kesempatan oleh pihak-pihak opurtunis. Kedua-dua polisi tersebut menjadi 'Senjata Makan Tuan'. Hampir sahaja Malaysia berada dalam kancah konflik berterusan. 

Kemudian berlaku pertukaran kepimpinan daripada Pak Lah kepada DS Najib. Ini berlaku apabila negarawan ulung negara Tun Dr Mahathir begitu vokal dan lantang menyanggahi kemaraan unsur-unsur destruktif yang di bawa oleh pepuak opurtunis.

Apabila DS Najib mengambilalih kepimpinan Pak Lah maka diperkenalkan oleh DS Najib 'Transformasi' berbanding 'Reformasi'. Polisi Keterbukaan bukan digantikan tetapi dipulihkan semangatnya menjadi lebih positif dan konstruktif berbanding sebelum ini di dalam polisi Tranformasi. Mengamuklah pepuak opurtunis kerana usaha mereka selama bertahun-tahun bagi mencantas dan membiarkan UMNO lemah telah tersekat. Berlakulah perubahan mengikut acuan UMNO sendiri berdasarkan kepada denyut nadi rakyat.

Dari masa ke semasa DS Najib memperbaiki polisi Transformasi di mana diperkenalkan pula Wassatiyah sebagai membina sikap dan sifat bersederhana dalam serba serbi.Kesemuanya ini adalah kesinambungan kepada Wawasan 2020. 

Para skeptis dan opurtunis boleh mengatakan apasaja dan menggunakan apajua label dan terma yang sedap di dengar pada halwa telinga. Hakikatnya apabila mereka mengkritik tujuan mereka hanyalah satu yakni melakukan seberapa banyak kerosakan yang boleh. Mereka bukan orang jahat tetapi mereka mempunyai niat dan cara yang teramat jahat. Mereka tidak bodoh tetapi kurang cerdik dan tidak bijak.

Kritikan konstruktif adalah jauh berbeza dengan kritikan destruktif. Kita boleh menjadi vokal dalam serba serbi tapi biarlah kevokalan kita itu bersifat membina dan mencari penyelesaian kepada permasaalahan. Bukannya membangkitkan mahupun mengamplifikasikan konflik dan isu-isu yang tak masuk akal.

Kita amat perlu mengenal siapa musuh dan siapa kawan.Wassatiyah merupakan jalan penyelesaian kepada konflik. Oleh itu biarlah kita menjadi dan bersikap konstruktif daripada destruktif yang berselindung di sebalik label dan terma. Berlaku jujur itulah penting tapi bukan memperalatkan kejujuran sebagai senjata destruktif.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...