Ahad, 11 Mac 2012

BERITAHU RAFIZI SUPAYA BELIAU BERHENTI MEMFITNAH DAN JADI MANUSIA BERGUNA..

Rafizi menjadi jura segala fitnah di dalam isu NFC dan isu majlis pertunangan anak perempuan DS Najib. Kedua-dua isu ini apabila kita teliti dan analisakan ianya tidak membawa kepada kebaikan dan manafaat yang besar pun melainkan kita melihat adanya usaha-usaha mencantas sana-sini dan memperlekehkan kredibiliti DS Najib. Terlalu banyak unsur-unsur destruktif berbanding unsur-unsur konstruktif.

Perjuangan PKR adalah perjuangan peribadi Anwar Ibrahim. Dan peribadi Anwar Ibrahim bersifat destruktif. Anwar Ibrahim hanya mementingkan dirinya sahaja. Inilah yang di bawa oleh pengikut-pengikutnya di mana-mana sahaja. Lihatlah apa yang berlaku di dalam PAS. Idealisma Anwar Ibrahim memfokuskan kepada keangkuhan dan kesombongan serta pencapaian peribadi. Tidak ada didalamnya sebarang ruang kritikan dan teguran.

Rafizi di dalam membangkitkan isu-isu sentiasa sahaja membuat tuduhan dan anihnya beliau pula meminta orang yang di tuduh membuat pembuktian. Tak masuk akal ! Mana ada di dunia ini pihak yang menuduh meminta pihak lain pula membuktikannya. Tapi inilah amalan dan budaya yang cuba di tanam dan di semai oleh PKR dan puak Reformasi. Amalan ini adalah amalan destruktif. 

Seperkara lagi PKR dan puak Reformasi amat gemar sekali mensucikan kejahatan mereka dengan kejahatan pihak lain yang tak seberapa. Ini juga amalan destruktif. Bermakna sentiasalah kita menghalalkan apa yang diharamkan termasuklah mendewakan seseorang itu kerana kejahatan seseorang itu sentiasa terlindung dan dipertahankan di bawah sedar.

Seterusnya pihak PKR dan Reformasi amat suka menampakkan diri mereka cerdik dengan memperlekehkan orang lain. Ini juga amalan destruktif. Sampai bila-bila lah orang lain tak cerdik. Sedangkan sel-sel otak mereka semakin lama semakin mengecil atas faktor usia.

Jadi kepada semua hendaklah kita mengambil jalan Wassatiyah dan sentiasa berhati-hati dengan sebarang jua isu-isu. Kita selidik dan kita analisakan setiap isu. Bukan hanya beremosi mengenainya. Kerana itulah amat perlu kita menolak PKR PAS dan DAP kerana mereka bukanlah agen perubahan tetapi adalah agen kemusnahan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...