Keputusan Rating oleh Merdeka Review, isu majlis pertunangan anak DS Najib dan maklum balas para skeptis serta Anwar Ibrahim sendiri cukup hebat diperkatakan. Ada yang jujur. Dan yang membodek pun terlebih lah ramainya kerana alah malu selama ini.Di samping itu juga DS Najib telah mengumumkan keputusan mengenai kedudukan Kak Ijat pada masa yang sesuai. Sesuatu yang mungkin menyebabkan para seksptis berotak lembu puak anti NFCorp bakal buat kenduri tahlil. Ataupun kemungkinan bakal menjadi Majlis Kenduri arwah kritikan tak berasas para skeptis dalam isu NFCorp selama ini.
Reaksi Anwar Ibrahim sudah di duga yakni beiau akan berusaha menggambarkan beliau masih relevan dengan mengakui bahawalah beliau lah penyebab utama rating DS Najib mendadak naik. Para pensabotaj tin milo dalam UMNO sudah tentu akan menggerakkan para askar upahan mereka dari golongan puak skepstis untuk terus mengalunkan isu majlis pertunangan anak DS Najib. Kononnya sebagai langkah Check and Balance walhal ianya adalah langkah sabotaj di siang hari.Biasalah puak skepstis ini ada duit semua boleh menjadi. Masa takde duit semua dok mengemis sana sini.Kredibiliti tiada dan pendirian pun tidak ada.
Apa yang jelas ialah Anwar Ibrahim semakin mengalami tekanan mental dan jiwa. Semakin lama semakin pudar bintangnya. Semakin lama semakin beliau tidak relevan. Samada beliau ada atau tidak ada tidak penting lagi kerana suara rakyat tetap sampai juga ke pengetahuan DS Najib melalui media alternatif seperti blog, twitter dan fesbuk.
Isu penyelewengan hasil pasir terbesar di alaf ini dan isu salah guna kuasa pemberian kontrak pengutipan sampah oleh PKR Selangor di tambah burukkan oleh sikap pemimpin DAP yang tidak ada rasa hormat kepada sesiapa pun terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Melayu PKR dan PAS. Ronnie Liu sendiri berani melangkahi Khalid Ibrahim dalam soal perlantikan Ahli Majlis Daerah MBPJ. DAP pun tidak menghormati Anwar Ibrahim. DAP hanya menghormati pemimpin-pemimpin mereka sendiri.
Pada 13 Mac ini dikatakan Noh Omar akan membongkar segala dokumen-dokumen berkaitan penyelewengan pasir di Selangor. Nampaknya hajat Suhaimi hendak menjadi juara Debat bakal terkubur begitu saja. Dalam isu sampah pula CASSA telah bertindak dan memberikan katadua kepada PKR Selangor. Bertambah teruk apabila Ronnie Liu sudah kencingkan kepala Khalid Ibrahim apabila membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Khalid Ibrahim dalam soal perlantikan Ahli Majlis Daerah.
DS Najib berusaha dan bekerja keras dalam mentadbir negara ini sejak mengambilalih daripada Pak Lah. Dendam kesumat terhadap beliau masih belum reda. Namun usaha-usaha para pensabotaj kelihatan semakin lama semakin dilemahkan oleh kekuatan jentera-jentera lain.
Apa yang Hamba mahu perkatakan di sini ialah DS Najib adalah yang terbaik !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan