Selasa, 28 Februari 2012

TERAMAT WAJIB DI BACA.- THE UNREASONABLE MAN.



Ramai yang pandai berckap dan pandai menulis tentang Intergriti tetapi berapa ramai pula yang benar-benar mengamalkannya? KEJUJURAN seperti Tun Dr Mahathir merupakan yang terbaik. Bernard Shaw pernah berkata, 
The reasonable man adapts himself to the world; the unreasonable one persists in trying to adapt the world to himself. Therefore, all progress depends on the unreasonable man.
Amat jarang sekali kita mempunyai pemimpin seperti Tun Dr Mahathir yang berada dalam kategori 'Reasonable Man'.  Di Malaysia dan di blogsfera, terlalu ramai jenis manusia dalam kategori ' The Unreasonable Man' yang mahu dunia itu menyesuaikan dengan kehendak mereka. Inilah perjuangan puak Reformis dan Anwarinas di mana-mana jua. Artikel di bawah di tulis oleh Tun dr Mahathir dalam membicarakan dan mengkritik sikap sesetengah pihak yang mendabik dada membawa intergriti tetapi sedikitpun tidak memahaminya.


KAITAN BANGSA DENGAN BISNES
JAN25 2012 
WRITTEN BY CHEDET


1. Seorang pengerusi badan Kerajaan berkata pembangunan negara ini akan tergendala selagi ada usaha mengaitkan bangsa dengan bisnes.

2. Kita akui yang pengerusi berkenaan mempunyai kebolehan tertentu yang menyebabkan ia dilantik oleh Kerajaan sebagai pengerusi, tetapi orang lain tidak mempunyai sifat tertentu dan masih perlu diberi pertimbangan dalam perniagaan dan lain-lain berasas kepada bangsa mereka.

3. Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya? Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum ini lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira.

4. Memang mungkin jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia pertumbuhannya menjadi lebih pesat. Tetapi apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya.
5. Permusuhan ini sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru hara dan rusuhan.

6. Keadaan seperti ini akan menghalang pelaburan, dagangan dan perusahaan. Dalam iklim seperti ini ekonomi tidak mungkin tumbuh dengan baik. Pembangunan akan terjejas.

7. Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.

8. Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak.

9. Namun adalah lebih baik pembangunan terlewat sedikit daripada kehancuran akibat rusuhan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...