Selasa, 28 Februari 2012

BADRUL AMIN: KALAU DI BARAT SEKIRANYA ADA SKANDAL SEPERTI INI MEREKA TIDAK TERAGAK-AGAK LETAK JAWATAN.

Ini tidak mungkin pernah berlaku di Malaysia.. tapi kalau di Barat, sekiranya ada skandal seperti ini  mereka tidak teragak-agak letak jawatan .. saya tidak sampai ke situ lagi -Badrul Amin temuramah dalam klip video di bawah.
KAH .. KAH ... KAH ... KAH ... mati hidup balik sepuluh kali pun Badrul Amin dan mana-mana pemimpin Porno Regim (PR) tidak akan samasekali meletak jawatan. Pengampunan daripada pelbagai pihak akan berkumandang dengan tema 'teraniaya' 'konspirasi terancang' 'kaunseling tuala' ooopsss. 

Antara lain Badrul Amin kata tidak berlaku khalwat malah apa yang dilapurkan di dada Kosmo adalah tidak benar. Ya betul memang tidak berlaku khalwat di antara Badrul Amin dengan akaq Wan Jijah ataupun dengan Nurul Izzah ataupun dengan Elizabeth Wong ataupun dengan Ambiga Sreenivasam. Beliau cuma didapati berdua-duaan dengan seorang isteri orang pada jam 2 pagi di dalam bilik hotelnya. Ehh itu bukan khalwat itu adalah sesi Kaunseling Tuala Mandi.Perbuatan itu tak salah. Ianya dilakukan secara privasi dan bukan di tempat awam jika menurut pandangan Anwar Ibrahim mengenai kesalahan seks luar tabie'.

Lagipun menurut perundangan di Malaysia (menurut Badrul Amin) sebarang tangkapan bagi pencegahan maksiat mestilah di buat pada waktu pejabat sahaja dan pada hari bekerja. Mana-mana tangkapan yang dilakukan selain dari waktu dan hari tersebut adalah di kira sebagai konspirasi jahat dan terancang oleh UMNO.

Menurut Badrul Amin, beliau hanya dinasihatkan bercuti sebulan dan bukan diarahkan bercuti. Kenyataan beliau boleh kita fahami sebagai membawa maksud cuti rasmi tahunan beliau sudah habis untuk tahun ini.Lagipun bukankah beliau baru sahaja selesai bercuti di Swiss Garden sempena menghadiri majlis yang bukan tajaan kerajaan Negeri Selangor? Jadi cuti yang dicadangkan adalah cuti sakit. Sakit apa? Sakit hati kerana tertangkap semasa melakukan perbuatan keji.

Samalah seperti Mat Syabu dahulu semasa menghadiri BERSIH 2.0. Beliau sedang bercuti dan mendapat kecederaan. Jadi PBAPP wajib menanggung kos perubatan beliau. Begitu jugalah dalam hal Badrul Amin.. Kerajaan negeri Selangor wajib membayar sebarang kos perubatan bagi rawatan kecemasan di atas kecederaan yang dialami olehnya di pukul oleh 20 orang. Hamba pun hendak tahu hospital swasta dan doktor pakar mana yang begitu handal mampu menyembuhkan semua kesan-kesan parut dan lebam akibat di pukul dalam tempoh 48 jam sahaja.

Kita layan sajalah omelan Badrul Amin di dalam klip video ini.


TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...