Ahad, 26 Februari 2012

PESANAN TUN DR MAHATHIR: JANGAN OBERDOS PRESKRIPSI DI KEDAI FARMASI.

RAKAN bloger mymassa telah menerbitkan artikel bertajuk TUN DR. MAHATHIR : BLOGGER PRO-UMNO JANGAN SABOTAJ dan menulis:-
KUALA LUMPUR: Ahli UMNO hendaklah mengetepikan soal berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mengundi sesiapa saja yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kemenangan dengan majoriti yang selesa. 
Hal ini ditegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kira-kira 7,000 pemimpin akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri dalam satu perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan mengenai perjumpaan itu berkata: “Dr Mahathir menekankan paling penting ialah BN menang majoriti dua pertiga kerusi pada peringkat negeri dan Parlimen kerana ia akan menentukan BN dapat menubuhkan kerajaan atau tidak.” 
Dr Mahathir berkata, walaupun bahagian mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, ahli UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu. Menurut Dr Mahathir, tiada guna jika hanya orang tertentu yang kita mahu menjadi calon itu menang tetapi akhirnya BN tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan. 
“Beliau juga menasihatkan ahli UMNO jangan melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati dan sensitiviti masyarakat, apatah lagi ahli parti komponen lain kerana kelebihan utama BN ialah perpaduan,” kata Mohd Zin.
TEPUK DADA TANYA IMAN! 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...