Ahad, 26 Februari 2012

HAMBOI KALAU NAK BAJET LEBIH PUN TAKKAN MAIN KLON AKAUN FB PLAK.


Bukan apa-apa cuma hendak maklumkan kepada semua bahawa di fesbuk ada yang telah mengkonkan akaun Hamba bagi tujuan dan maksud tertentu. Ini adalah kali ke dua akaun fesbuk Hamba telah sengaja diklonkan oleh pihak-pihak tertentu. Perghhh .. macam lah Hamba ni calon PRU13 ... Namun ini merupakan pengiktirafan lah kepada Hamba kerana Hamba berjaya membuat ramai pihak resah gelisah dan gentar sehinggakan mereka terpaksa mengklonkan akaun fesbuk hamba. Patutlah hari itu Pegawai Khas Mat Maslan ingat Hamba yang sebarkan fitnah kepada Mat Maslan. 

Ini juga merupakan taktik untuk mengasingkan hamba daripada arus perdana pejuang maya pro UMNO agar kepercayaan dan kewibawaan hamba dipersoalkan. Ini juga bertujuan untuk mengasingkan Hamba denga rakan-rakan seperjuangan terutama dengan grup Papa Gomo serta Nadi Rakyat.

Hamba akan tetap terus berkarya dan kepada rakan-rakan sekelian berhati-hatilah. Perbezaan di antara akaun klon dengan akaun asli hamba ialah:-
  1. Yang klon menggunakan Fesbuk Timeline.
  2. Yang Klon cenderung memberikan pandangan negatif kepada UMNO
  3. Yang klon lebih gemar mencarut dan memaki hamun
Macam-macam hal kan dalam dunia tempur siber sekarang. Peduli apa pun Hamba. Janji Hamba terus berkarya menentang fitnah terancang dan menegakkan kebenaran.

Hamba boleh agak lah siapa punya kerja ini. Kalau beginilah cara mereka bermakna kewujudan mereka tidak akan dapat bertahan lama. ya la puak jahat mana boleh bertahan lama-lama.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga keakraban Bro Jas dan grup PG dan NR akan sentiasa terpelihara dari sebarang hasad dengki manusia yang mempunyai kepentingan tersendiri. Amin.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...