Khamis, 16 Februari 2012

ISU ISRAEL ANWAR IBRAHIM SEMAKIN MEROYAN.

"I support all efforts to protect the security of the STATE OF ISRAEL " Anwar Ibrahim, Wall Street Journal, 26 Jan 2012. 
Di dalam entri terbaru blog DSAI menulis:- 
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”  
Baiklah. Kita tulis sepenuhnya kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim tersebut berdasarkan kepada versinya:
I support all efforts to protect the security of the STATE OF ISRAEL ... a step which he said remains contingent on ISRAEL respecting the ASPIRATIONS OF PALESTINIANS
Dalam bahagian pertama ayat versi AI, beliau dengan jelas menyebut 'Negara Israel' (The State of Israel). Bermakna dalam ayat ini beliau sudah memahatkan pengiktirafan Negara Israel. 

Dalam bahagian kedua ayat versi AI, beliau menyebut dengan terang bahawa sokongan beliau itu ialah satu langkah kontigen ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Bermakna, AI mengakui bahawa ancaman kepada keselamatan negara Israel disebabkan oleh perjuangan kebebasan rakyat Palestin. Apa maksud AI ini ?

Regim Zionis mengambil pendekatan kekerasan dan penghapusan etnik ke atas penduduk asal bumi Palestin bagi mengekalkan kewujudan Negara Israel. Tindakan itulah dijadikan alasan oleh regim zionis sebagai langkah melindungi keselamatan Negara Israel.

Apakah aspirasi rakyat Palestin yang sebenar? Aspirasi rakyat Palestin ialah mahukan negara mereka dikembalikan semula oleh regim zionis yang menubuhkan Negara Israel di atas mandat PBB.

Aspirasi rakyat Palestin ialah mahukan pengiktirafan Negara Israel di tarik balik dan mahukan dunia hanya mengiktiraf Negara Palestin dan hak penduduk rakyat Palestin ke atas tanahair mereka yang selama ini di rampas melalui kekerasan oleh regim zionis.

Jadi dimanakah benarnya AI mengatakan kenyataan beliau tersebut walaupun di petik sepenuhnya sebagai menyokong aspirasi rakyat Palestin? 

AI semakin meroyan kerana beliau tahu kenyataan beliau tersebut bila di baca dalam konteks penuh pun tetap membawa kita kepada kefahaman dan kesimpulan bahawa AI menyokong dan mengiktiraf Negara Israel dan itu adalah bersalahan dengan aspirasi rakyat Palestin.


Kepada Anwar Ibrahim 'Kubur sudah lama kata mari dan rumah hang sudah lama kata pi ... hang tak ingat akhirat ka?'


TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pi mai pi mai tang tu jugak..apa dia ingat rakyat Malaysia ni DUNGU sangat ke?? zaman 60 70an bole la ko tipu menatang apa yg ko ckp tap kalau zaman skrg ni zaman budak umur setahun pun dah pandai guna iPad, tak payah la nak tunjuk yg ko sebenarnya dungu I.T..bukan apa buruk sgtlah nak menonjolkan kebodohan ko.

Tanpa Nama berkata...

Orang PR mana boleh berfikir lagi dah, semua macam dah kena pukau je.

Tanpa Nama berkata...

2 ekor orang bodoh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...