Sabtu, 11 Februari 2012

HARI NAK KIAMAT BARANGKALI BILA HJ HADI BERBICARA TENTANG WASSATIYAH.

Al wassatiyyah ???? /.. Errr Tak nak ! Tak Nak ! 

HJ HADI AWANG. dalam harakahdaily, beliau telah menulis mengenai pandangan peribadinya mengenai Al Wassatiyyah. Jika nada hendak membaca artikel penuhnya sila klik di pautan ini TIPUHARI-HARI. Antara lain Hj Hadi menulis:-
Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.
 كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)
 Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.
 Firman Allah (maksudnya):
 Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)
 Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada  perkataan al-Wasat(الوسط)  yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
Setahu hamba Wassatiyah yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib tidak pernah menyebut bahawa ianya adalah sebagai ganti kepada idealisma Islam Hadhari atau ianya adalah sebuah KONSEP sepertimana yang Hj Hadi salahfahami. Hamba bersetuju dengan petikan kata-kata saidina Ali karamullahiwajhah yang amat jelas menggambarkan niat dan maksud Hj Hadi menulis mengenai Al Wassatiyyah yang digeruni olehnya.

Agak menarik bila Hj Hadi menulis:-
Islam mendahulukan perdamaian
Firman Allah (maksudnya):
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.(Surah al-Anfal: 61-62)
Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.
Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.
Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih  atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna  membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.
Pada pendapat Hamba, Hj Hadi seolah-olah menempelak amalan dan pendirian PAS yang tidak istiqamah, tidak tetap, tidak berpijak di bumi nyata sendiri. Ini kerana PAS menolak konsep Negara Islam dan menerima Pluralisma serta menerimapakai Buku Jinggay.

Betullah kesimpulan Hj Hadi bahawa PAS tidak layak bersifat al Wasatiyyah untuk menjadi model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Barangkali kiamat sudah semakin menghampiri PAS. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RESPON Khalid Samad kepada Dr Hassan ali... ( Pelik sikit.. nie... boleh buang negara Islam ..ganti Negara Berkebajikan... boleh pulok.. kalau Hadhari Pak Lah... abis dikutuknye... ini pulok wasatiyyah... adohlai.... atau ini padangan peribadi dia je..... baca dan fikir sendiri.. ( C&P dari detikperubahan.. malas nak amsuk blog dia )

RESPON DARI ALASAN KEEMPAT
PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah ‘Negara Berkebajikan’ tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat nak cakap dan nak tulis macam hj hadi tu aku pun boleh...persoalannya sudah kah dia memprektikkannya?...boleh kah dia memprektikkannya?...yang aku nampak selama ini puak dia lah yang melampau lampau dalam segala hal...Islam mendahului perdamaian konon!... Dia sedar ka apa yang dia tulis tu?...atau sekadar nak tunjuk ilmu sikit2...xpayahlah kalau sekadar nak menulis...aku belum nampak sebarang bukti yang jelas kata2 membangun bersama Pas itu pada kenyataannya...mengelirukan umat Islam lagi ada la!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...