Sabtu, 11 Februari 2012

NFC & NFCORP: IGAUAN KEMELUT MUSUH POLITIK.

BETUL KE BERLAKU KEPENTINGAN KONFLIK SEPERTIMANA YANG DI DAKWA DAKWI?

BETUL KE BERLAKU PENYELEWENGAN WANG PINJAMAN MUDAH RM250 JUTA?

BETUL KE PROJEK NFC INI DARI AWAL MERUPAKAN FLIP FLOP PENTADBIRAN PAK LAH?

3 persoalan di atas TIDAK PERNAH DIBUKTIKAN OLEH SESIAPA PUN. Setakat lemparan persepsi dan tohmahan ada lah. 

Sebaliknya pihak NFCORP setakat pada hari ini berjaya membuktikan bahawa kesemua tuduhan dan dakwaan yang di buat oleh 'Pihak Musuh NFCORP' adalah tidak benar samasekali.

Sejauh mana kah permainan orang politik mampu pergi dalam isu NFC dan NFCORP ini? 

Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh pihak tertentu yang memainkan isu NFC dan NFCORP dalam bentuk persepsi negatif?

Pembelian kondo? Dimanakah bukti-buktinya yang membuktikan bahawa kesemua kondo-kondo yang telah di beli menggunakan wang pinjaman tersebut? Ada ke atau tidak ada bukti tersebut?

Adakah pembelian semua kondo-kondo dan pemberian gaji kepada kakitangan peringkat pengurusan NFCORP itu menyalahi Perjanjian yang di buat di antara NFCORP dengan Kerajaan Malaysia?

Jadi apakah persoalan isu sebenarnya dalam isu NFC dan NFCORP?

Kenapa terlalu banyak sangat perangkap-perangkap dan jerat-jerat politik di dalam isu NFC dan NFCORP?

Kenapa pihak Pakatang haramjadah memainkan peranan meniupkan persepsi negatif manakala ada di pihak UMNO pula memainkan persepsi 'Perlu letak Jawatan Sebagai Menteri' ?

Setakat pada hari ini semua kenyataan dan persepsi negatif terhadap Kak Ijat, keluarganya dan segala pendedahan mengenai kononnya berlaku penyelewengan kerana pembelian kondo-kondo mewah di Singapura, di Malaysia dan di Australia tidak disertakan dengan butiran terperinci. Kesemua pendedahan masih belum cukup menyakinkan bahawa berlakunya penyelewengan sepertimana yang di dakwa. 

Manusia selalu terlupa bahawa kemenangan pada hari ini mungkin adalah kekalahan teruk di masa depan.

Kebenaran Tetap Tidak Mampu Dikalahkan Oleh Fitnah Terancang.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...