Isnin, 13 Februari 2012

ALAMAK ! ORANG ISLAM YANG SAMBUT HARU KEKASIH AKAN DI SERKUP.


Woooo sudah ada bunyik ....... 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.
Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.
"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.
Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.
"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya. - Bernama
TQ LYDIAUSM - LAWYER GARANG (memang ko garang)

KOMEN HAMBA: ... Ayanggg !!!!!! ... Mana Sijil Nikah Kita Hari tur ????? !!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...