Ahad, 1 Januari 2012

SMM MELALAK DEPAN BALAI POLIS TANJUNG MALIM


Oleh kerana tidak berpuashati rancangan merusuh mereka digagalkan oleh pihak polis, mahasiswa bijak dan pengurusan UPSI pada tengahmalam tadi, pada hari ini SMM melalak lagi. Pada kali ini mereka melalak di depan balai polis Tanjung Malim. Mereka menuntut agar perusuh-perusuh tajaan mereka dibebaskan. Dibebaskan? Ata dasar apa mahu dibebaskan mereka yang telah mengaibkan maruah mahasiswa seluruh Malaysia? Apakah keistimewaan perusuh-perusuh SMM? Adakah kini mereka menuntut agar semua ahli SMM diberikan pengecualian perundangan? 

Pada tengahmalam semalam SMM mengadakan rusuhan bagi mencetuskan kempen FACK yakni FREE ANWAR CAMPAIGN KE DUA. Tidak ada kena mengena pun dengan menuntut kebebasan bagi mahasiswa. Akibatnya, teraju utama SMM di tahan oleh pihak polis. Bukan untuk di dera tetapi untuk di soal siasat. Nampaknya SMM sudah jauh tersasar dari matlamat mereka sendiri. Kini mereka menjadi penghasut-penghasut fitnah mega. Mereka menghasut agar penjenayah-penjenayah dibebaskan. 

Mereka mahu perundangan negara dan polis hanya berpihak kepada mereka dan gay tua kerepot mereka. Pada masa yang sama, mereka membahayakan keselamatan negara dan awam. Kebebasan mereka untuk membuat protes telah disalahgunakan oleh mereka sendiri. Tujuan mereka melakukan protes menentang pihak polis merupakan tindakan mengaibkan. 

Jika kehendak SMM ini diperturuti ini akan memberikan gambaran bahawa segala penjenayah di Malaysia ini boleh dibebaskan melalui proses rusuhan dan bukan melalui proses perundangan negara.Ini adalah budaya yang amat memalukan dan membahaykan keselamatan awam.

SMM hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak mempedulikan mengenai keselamatan pihak awam dan negara. Adakah ini halatuju dan budaya politik matang ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...