Hamba sekadar memetik semula apa yang dibangkitkan oleh rakan bloger GAP mengenai isu NERS 6P KDN. Merujuk kepada komen yang disebutkan oleh GAP, GAP menulis:-
komen menarik seorang yang faham projek NERS 6P kelolaan KDN. komen dilakukan pada bulan disember 2011 .ia dilakukan di laman blog rakan blogers.yang menarik dalam isi kandungan komen tersebut adalah hujahan komentar terhadap sistem NERS yang digunapakai oleh KDN dalam proses pemutihan 6P.dikabarkan oleh komentar tersebut, sistem NERS ini tidak pernah diuji terlebih dahulu. kenyataan komentar ini akhirnya terbukti akan kebenarannya.Pada 14 jan 2012, dalam akhbar online utusan telah disiarkan kenyataan permohonan maaf oleh KSK KDN, tan sri mahmood adam mengenai kegagalan sistem NERS tersebut yang berpunca daripada kesesakan maklumat yang dimuat naik dalam kapasiti yang melebihi jangkaan.
Projek ratusan juta gagal nak selesaikan permaslahan upload data ?Sungguh memalukan.
Isu seperti ini mampu merosakkan segala usaha-usaha membaik pulih imej BN di mata rakyat. Tambahan pula ianya dilakukan oleh agensi kerajaan di bawah jagaan H20 yang sememangnya menjadi bahan celaan pakatan. H20 perlu menangani isu ini dengan kebijakan dan ketelusan secara jujur. Kepada H20 hamba berharap agar segera melakukan pembersihan agensi-agensi yang berada di bawah jagaannya. Penyokong tegar dan atas pagar BN mahu melihat suatu ketegasan H20 dalam isu ini. Penyokong tegar dan atas pagar BN ingin sekali parasit-parasit dan pelesit-pelesit dalam agensi kerajaan diberikan pengajaran secukupnya kerana seringkali sesetengah mereka memberikan aib dan malu kepada kerajaan BN (sesetengahnya dan bukan semuanya).
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan