Isnin, 16 Januari 2012

MANA LA PEGUAM PRO UMNO YANG DAH KAYA RAYA LANGSUNG TAK BERBUNYI YEA.....


Memetik artikel dari MYMASSA mengenai pendirian Majlis Peguam yang kini dikuasai dan dipengaruhi oleh pariah sosialis DAP dan PKR dalam isu hak rayuan Saiful Bukhari dalam kes liwat II, seperti berikut:-
Bapa Saiful kecewa pendirian Majlis Peguam
RUZY ADILA IDRIS
January 11, 2012
KUALA LUMPUR - Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.
Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.
Katanya, Majlis Peguam seharusnya bersikap neutral dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.
"Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian individu-individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?"
"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam dalam kes ini yang ikut rekod telah kemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali?
"Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah dihalang," katanya pada satu sidang media, di rumahnya di Bandar Utama petang ini.
Beliau mempersoalkan mengapa berlaku 'double standard' dan adakah kerana anaknya seorang insan kerdil, bukannya seorang VIP, ahli politik sehinggakan haknya dinafikan begitu sahaja.
"Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.
Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.
"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat panegadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau juga seluruh keluarga saya," katanya.
Kelmarin, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Cuba lihat apa yang ditanya oleh pemberita BBC ini kepada Anwar dengan menyebut Saiful sebagai REAL PEOPLE dan Anwar menggunakan pengaruhnya dalam kes ini untuk dapatkan sokongan. (minit 3:37)
Akibatnya, nada suara Anwar yang sebelum ini perlahan tiba-tiba meninggi!!
*Orang luar pun tahu bahawa Anwar memang peliwat dan pembelit. Soalan-soalan dari BBC sememangnya memerangkap Anwar. Bagi MyMassa, jawapan Anwar memang merapu dan tak jawab soalan. Majlis Peguam @ Bar Council perlu tukar nama kepada BARua Council sebab BIAS terhadap Saiful dan keluarganya.
Hamba musykilkan ialah di mana menghilang suara-suara para peguam pro UMNO yang selama ini mendapat pelbagai faedah dan manafaat daripada UMNO?

Dalam setiap isu melibatkan perundangan negara tiada ada seekur pun peguam pro UMNO bersuara menyatakan bantahan mereka kepada Majlis Peguam dan kepada para pariah sosialis dalam Majlis Peguam. Masing-masing menikus. Takde telor ker?

Dimanakah suara mereka? Hilang? Bisu? Atau memang takde telor punya peguam pro UMNO. Bantu-bantulah para bloger dan pejuang maya pro UMNO/BN dengan suara-suara bantahan anda. Jangan dok simpan telor saja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BAR COUNCIL DAH JADI BAR KOREK...

PEJUANG HAMAS...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...