Isnin, 16 Januari 2012

PAS BERPARASIT KATA HASAN ALI.


Sidang akhbar di rumah Hasan Ali pada hari ini jam 11 pagi tadi penuh sesak dengan pengamal media. Hamba tidak sempat pergi. Tapi sumber maklumat hamba memaklumkan sidang akhbar tersebut berjaya. 

Hasan Ali mendedahkan wujudnya golongan parasit di dalam PAS. Difahamkan dari isitlah itu bermaksud mereka yang memperalatkan PAS sebagai batu loncatan. Fenomena parasit dalam parti-parti berasaskan Melayu Islam memang banyak kutu-kutu rayau ekslusif. Hasan Ali akan mendedahkan identiti, matlamat, kaedah dan M.O puak parsasit di dalam PAS yang dimaksudkan olehnya. Hasan Ali perlu bersedialah dengan segala tindak balas puak parasit tersebut. Jadi anda amat perlulah mengikuti setiap siri ceramah yang di buat oleh Hasan Ali selepas ini. Pendedahan Hasan Ali nanti pasti menarik dan penuh berinformasi.

Hasan Ali turut menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai PAS selagi mana PAS tidak dibersihkan dari puak parasit tersebut. Hasan Ali telah di pecat dari PAS setelah di desak oleh Azmin Ali kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar Ibrahim. Kurang dari lima hari selepas pemecatan beliau oleh PAS Pusat, pentadbiran PKR dan DAP Selangor di bawah Khalid G telah memecat beliau dari jawatan EXCO Selangor. 

Orang awam wajib ketahui bahawa sebarang gerak kerja oleh Hasan Ali selepas ini adalah di atas inisiatifnya sendiri. UMNO/BN tidak masuk campurtangan sedikit pun masalah dalaman di antara PAS dengan Hasan Ali. Jadi jangan mempercayai mana-mana fitnah mega kononnya Hasan Ali membaca skrip  yang di tulis oleh UMNO/BN. 

Ingatlah Allah Ta'ala memakbulkan doa dari hati yang jujur. Inilah Kebenaran yang tiba. Sebab itulah selalu hamba tekankan hati kena jujur beb barulah boleh tertegak kebenaran. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...