Isnin, 16 Januari 2012

TAHNIAH PDRM ! BUDAK 'RAMBO' NAKAL UGUT MENGEBOM HELIKOPTER DS NAJIB DI TAHAN POLIS.



Hamba mengucapkan tahniah kepada rakan bloger Dhanyaraam, tim Nadi Rakyat dan rakan blogers lain yang mengetengahkan isu ini. Tahniah juga kepada PDRM kerana berjaya menahan dan menyoal siasat budak 'Rambo' nakal tersebut. Ugutan tersebut bukanlah boleh di pandang ringan memandangkan insiden letupan bom di perkarangan kompleks mahkamah Jalan Duta tempoh hari. Inilah akibatnya apabila fitnah mega mengenai pembunuhan Altantuya dibiarkan pada peringkat awal. Masih ada lagi lembu sosialis yang mempercayai DS Najib dan DS Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Nasib kamu lah budak 'Rambo' nakal percayakan kata-kata seorang peliwat gay tua macam Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Petikan penuh lapuran (di petik daripada blog Kamaluddin Idrus):-
GEORGE TOWN: Seorang pelajar universiti berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.
“Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan,” katanya ketika dihubungi, Ahad.
Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.
Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan, Najib akan turun ke kampus…mari bom helikopter tersebut…’.  
 TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...