Rakan bloger dinturtle (pautan ada di senarai blog) telah membuat kupasan dan ulasan penuh berfakta. Menyentuh kesemua persoalan fitnah ke atas NFC. Terutama mengenai dua Perjanjian di antara kerajaan dengan NFC iaitu:
PAC mendapati (secara umum) pegawai kerajaan di jabatan kerajaan tidak cekap menjalankan tugas. Ketidakcekapan ini menyebabkan beberapa tindakan yang dilakukan menimbulkan persoalan di belakang hari. Antara lain Pengerusi PAC dalam temuramah di bawah ini menyebutkan:-
- pada Disember 2007 (Perjanjian Pinjaman) dan
- 8 Mac 2010 (Perjanjian Implementasi).
PAC mendapati (secara umum) pegawai kerajaan di jabatan kerajaan tidak cekap menjalankan tugas. Ketidakcekapan ini menyebabkan beberapa tindakan yang dilakukan menimbulkan persoalan di belakang hari. Antara lain Pengerusi PAC dalam temuramah di bawah ini menyebutkan:-
Objektif dan Planning baik TAPI miskoordinasi, pengurusan yang lemah, terbanyak sekali adalah faktor kelewatan itu dan ini ... antara kelewatan yang didapati ialah - duit dikeluarkan tahun 2008 dan berakhir 2009 ... habis duit dikeluarkan kepada akaun khas ( yang perlu kelulusan pihak kementerian ), tapi setelah duit itu dikeluar, tahun 2010 baru perjanjian ditandatangani.
Namun begitu timbul pula persoalan mengenai sejauhmana kefahaman ahli-ahli PAC memahami prosedur Jabatan-jabatan kerajaan dan prosedur audit?
Apakah mereka mempunyai pengalaman dalam urustadbir jabatan-jabatan kerajaan?
Apakah mereka bertanyakan soalan-soalan yang betul dan tidak prejudis?
Apakah mereka mempunyai pengalaman dalam urustadbir jabatan-jabatan kerajaan?
Apakah mereka bertanyakan soalan-soalan yang betul dan tidak prejudis?
Pengerusi PAC Dato Seri Azmi pun nampaknya keliru mengenai kesan perundangan dua perjanjian bertulis yang dinyatakan sebelum ini. Beliau nampaknya terpengaruh dengan dakyah halus daripada ahli PAC dari PKR PAS dan DAP yang diragui kejujuran mereka dalam memberi pendapat dan pandangan.
Berikut adalah senarai ahli-ahli Parlimen yang di lantik menganggotai PAC. Ianya adalah campuran antara ahli Parlimen dari BN, PKR, PAS dan DAP. Apabila kita meneliti nama-nama ahli PAC, anda akan gelak bila memikirkan latarbelakang akademi dan pengalaman mereka yang langsung tidak ada kena mengena dengan pembuat dasar, polisi dan prosedur jabatan-jabatan kerajaan.
AHLI JAWATANKUASA AKAUN-AKAUN AWAM
PARLIMEN KE 12 (MAC 2008-SEHINGGA KINI)
Hon. Dato’ Seri Azmi bin Khalid (Pengerusi, Mac 2008 - kini)
Hon. Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi) (DAP)
Hon. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed
Hon. Puan Tan Ah Eng
Hon. Tuan Ir. Haji Hamim bin Samuri
Hon. Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred
Hon. Tuan Liang Teck Meng
Hon. Tuan Alexander Nanta Linggi
Hon. Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Dahlan
Hon. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas
Hon. Tuan William Leong Jee Keen
Hon. Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar
Hon. Tuan Tony Pua Kiam Wee (DAP)
Kita pula hairan di atas dasar apakah ahli-ahli PAC membuat penilaian dan pendapat mereka. Nampaknya PAC tidak di bantu oleh mana-mana pihak ketiga bebas untuk menasihati mereka. Kita boleh kata bahawa mereka membuat siasatan, penilaian dan pendapat berdasarkan kepala masing-masing. Disinilah akan timbul lagi pelbagai persoalan yang sepatutnya tidak timbul langsung!
Seharusnya PAC dibimbing dan diberikan latihan secukupnya untuk melakukan siasatan. Pada fikiran hamba PAC ini wajib ada Panel Penasihat unutk menasihati mereka semasa melakukan siasatan dari :-
Seharusnya PAC dibimbing dan diberikan latihan secukupnya untuk melakukan siasatan. Pada fikiran hamba PAC ini wajib ada Panel Penasihat unutk menasihati mereka semasa melakukan siasatan dari :-
- Pejabat Peguam Negara,
- Jabatan Kehakiman,
- Jabatan Perkhidmatan Awam
- Pejabat Ketua Setiausaha Negara.
- Jabatan Akauntan Negara
- Jabatan Audit Negara
- Bank Negara
Pada fikiran hamba PAC yang ada sekarang ini tidak bebas dan mempunyai prejudis yang begitu tinggi disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi.
Pentadbiran DS Najib perlu berhati-hati dengan kejujuran ahli-ahli Parlimen dari PKR PAS dan DAP. Mereka tidak ada kejujuran. Mereka cuma mahu mencari kelemahan BN sahaja.
Kita perlu ingat, fitnah ke atas NFC ditimbulkan oleh PKR dan DAP. Bila PKR dan DAP membuat fitnah mereka merancang dengan teliti. Bayangkanlah dimanakah kelihatannya berlaku keadilan kepada NFC apabila perkara ini disiasat oleh PAC yang turut dianggotai oleh pihak yang melontarkan fitnah ke atas NFC.
Patutlah Bung Mokhtar pun terkeliru dalam isu NFC kerana anda lihat sendiri bagaimana pembuat fitnah merupakan ahli dalam sebuah jawatankuasa yang menyiasat fitnah yang dimulakan oleh pembuat fitnah. Ringkasnya, pembuat fitnah buat fitnah kemudian pembuat fitnah siasat fitnah yang mereka buat. Ada masuk akal ke?

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan