Jumaat, 2 Disember 2011

DEKLAMASI SAJAK TAKKAN MAMPU TERJEMAHKAN UNDI KEPADA BN.

SAJAK HANYA KATA-KATA INDAH DAN BUKAN TERJEMAHAN UNDI.

Hamba ingin memperingatkan diri hamba dan jentera siber UMNO agar berhentilah syok sendiri memuji itu dan ini sebarang ucapan pemimpin UMNO. Bukan kata-kata yang kita hendak dengar tapi tindakan proaktif yang mampu menterjemahkan sokongan dan undi kepada BN dan UMNO itulah yang penting.

Kita ambil ucapan TS Mahyuddin contohnya. Beliau bercakap tetapi beliau bercakap selepas melakukannya terlebih dahulu. Adakah ini dicontohi? Hamba lihat sendiri bagaimana TS Muhyiddin bekerja keras untuk memenangkan BN dalam banyak siri PRK lalu.

Ucapan Ahmad Maslan. Beliau pun sama. Melakukannya terlebih dahulu barulah bercakap mengenainya. Hamba pun melihat kesungguhan Ahmad Maslan dalam memenangkan BN walaupun masih ada ruang perbaikan. Tapi usahanya berjaya. Lihatlah dalam siri PRK yang lepas.

Kita ambil pula ucapan DS Najib. Beliau bersungguh-sungguh dan penuh komited melakukan terlebih dahulu apa yang diucapkan. Baru lah betul. Tapi adakah itu dicontohi oleh ahli dan orang UMNO?

UMNO dan BARISAN NASIONAL semakin mendapat sokongan bukan kerana kata-kata indah mahupun sajak panas berapi tetapi kerana rakyat melihat bagaimana tindakan didahului daripada pengucapan. Inilah yang dinilaikan oleh rakyat.

Rakyat sudah melihat perbezaan ketara antara pemimpin BARISAN NASIONAL dan PAKATAN HARAMJADAH. Malangnya kelompok Little Napoleon yang mengimpikan takhta dan harta selalu mensabotaj dan meneutralisasikan tindakan baik pemimpin tertinggi UMNO yang sepatutnya mereka meneutralisasikan dakyah, fitnah dan tindakan Pakatan Haramjadah, Kepada mereka bangkitlah daripada lamunan panjang anda.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...