Jumaat, 2 Disember 2011

APA MAKNANYA PAU TAHUNAN KEPADA ORANG UMNO?

Huh ... Kadangkala kedangkalan Yang Tidak Tahu Berpuncakan Apa Sebab Musabab Sehinggakan Tidak Prihatin Kepada Impak Simbolisma 'Backdrop' Pentas. 

INI APAKEJADAHNYA CAM BATU NESAN BESAR PLAK DOK TERCONGGOK  DI ATAS PENTAS???!!!
SEDIH HATI MELIHATNYA. 
SUDAH TAK SAYANGKAN UMNO LAGI KE?
PATUTLAH TIADA TERGERAK HATI MAHU KE SANA.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
(PAU 2011)
Apakah Maknanya Kepada Orang UMNO?

Sekiranya ada pertanyaan daripada rakan-rakan dan urang-urang besar-besar belaka samada perotnya besar, kepala besar, pangkat besar, isteri besar, rumah besar, jawatan besar dalam UMNO bertanyakan soalan ini kepada hamba ' Kenapa Menulis Artikel Sebegini? ' Jawapan Hamba amat mudah, 'Biarlah Hamba Yang Berkata Daripada Musuh Yang Berkata Terlebih Dahulu' . Itulah adat Orangtuha BANI JAWI purbakala.


Ketahuilah Hamba menyokong perjuangan UMNO dan UMNO itu sendiri. Itu tidak bermakna Hamba adalah kuli batak mahupun pencacai murahan kepada kepentingan pemegang jawatan. Bagi Hamba pemegang jawatan tidak penting kerana pemimpin datang dan pergi tetapi sesebuah organisasi itu hanya sekali hidup dan matinya abadi. Itulah Petua Orangtuha BANI JAWI dahulukala.


Pertubuhan seperti UMNO bukan seperti adatnya pemimpin. Pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti' tiada terpakai kepada pertubuhan. Namun hidup dan matinya sesebuah pertubuhan adalah bersebabkan tindakan pemimpin dan ahli pertubuhan bukan kerana tindakan musuh. Itulah petua orangtuha BANI JAWI.


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO bukanlah tempat untuk meminta sedekah daripada kepimpinan atasan bagi meraih simpati dan belas kasihan untuk kepentingan diri, pangkat, harta mahupun wanita. Itu bukan cara adat berjuang orangtuha BANI JAWI.


Esuk adalah hari penutupan majlis rasmi PAU 2011. Ada yang bakal balik tangan kosong? ada yang balik penuh saku? ada yang balik termangu-mangu? dan Ada yang balik bawa gelfren baru ?.... ATAU 


Masing-masing membawa SEMANGAT PERJUANGAN BANI JAWI ORANGTUHA DAHULU ? ATAU


TERIKATKAH KEMBALI JANJI SETIA SERTA SUMPAH SETIA ORANGTUHA BANI JAWI SEWAKTU BUMI INI BELUM BERNAMA MALAYSIA?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...