Jumaat, 2 Disember 2011

"ZIMBABWE TAK ANJUR SEKSUALITI MERDEKA" BIDAS PAK HIM. JOM GELAK.

Ceq Nak Habaq Mai .. Ceq Nak Pi Zimbabwe .. Ceq Nak Habaq Kat Depa... Malaysia Dok Hingaq Pasai Seksualiti Merdeka Takdak Kat Zimbabwe.

Rakan bloger GAP dok gelak guling-guling sampai senak perot. Ini semua gara-gara kenyataan Pak Him. Nak tahu apakebendanyer? Meh baca sini (petikan daripada blog GAP).
Bila Nak Insaf
Letihlah dengan dia ni. Habis orang letih dengan kawan kita ini. Bila hendak insaf dan sedar pun saya tidak tahu.
Sebut Libya, tengok dia hendak bandingkan kenapa kebangkitan rakyat Libya..Ini kerana ditekan, dizalimi, begitu begini, begitu begini.
Kalau ada kezaliman di Libya, Muammar Gaddafi dengan rakyatnya, biar rakyat dialah urus. Selesai. Ini apa yang NATO masuk campur ini? Yang kita menentang NATO masuk campur. NATO ini pembelakang Amerika.
Memanglah Ketua Pembangkang pun Amerika di belakang. [Ketawa]
Hasut Indonesia
Yang pergi hasut di Indonesia ini – inilah dia. Mana dia tidak nampak, mana pergi? [Ketawa] Yang pergi hasut ialah Ketua Pembangkang, Anwar!
Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Permatang Pauh keluar gambar. Bercakap setiap dua bulan sekali pergi hasut orang Indonesia. Orang-orang Indonesia kena tangkap, kena rotan, kena hamun, kena baling, macam-macam. Jadi dia juga. Selepas itu dia banding Burma dengan Zimbabwe.
Burma dengan Zimbabwe ini saya belum dengar lagi ada orang anjur Sekualiti Merdeka. [Ketawa] Belum saya dengar lagi!
Jadi adakah kita hendak bebas, hendak ukur benchmark negara kita dari segi demokrasi ini, hendak buat perhimpunan mesti dua hari…Demokrasi kita ada waktu terpimpin. Kita kena tengok latar belakang sejarah negara kita. Jangan kita sewenang-wenangnya hendak banding dengan pihak-pihak ini.
Ha ha ha ha Kenapa lah UMNO Tak Nak Pak Him ????

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...