Rabu, 7 September 2011

PAS PUTAR BELIT LAGI FAKTA SEJARAH !



Sejarah tidak perlu di tulis semula. PAS masih berdegil dan akan terus berdegil dengan pendirian tongong mereka mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan. Motif PAS ialah menafikan kejayaan UMNO mendapatkan kemerdekaan. Niat, motif, maksud dan tujuan PAS ialah memberi laluan kepada DAP dan pro komunis mengiktirafkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan. 

Kenyataan Mustapha Ali dan Sallehudin (Din Pudu) sebenarnya bukan kenyataan mengiktiraf peranan UMNO di dalam menuntut kemerdekaan tetapi masih mempertahankan kenyataan Mat Sabu. PAS memang terkenal dengan sikap licik dan putar belit.


Jika pengiktirafan ini diberikan dan di buka melalui cara PAS, bermakna kejayaan UMNO dapat diperkecilkan. Natijahnya ialah membuka peluang kepada DAP untuk berhujah bahawa orang Melayu turut berhutang budi dengan pengganas komunis yang majoritinya adalah etnik Cina komunis. 

UMNO tidak boleh dipersalahkan jika berjaya memperolehi kemerdekaan melalui cara diplomasi. UMNO juga tidak boleh dipersalahkan jika pengganas komunis tidak di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. UMNO juga tidak boleh dipersalahkan kerana memutuskan tidak mengangkat senjata kerana memikirkan kesengsaraan rakyat jika berlakunya perang menuntut kemerdekaan. 

Tawaran PAS agar suatu Kabinet di bentuk bagi menulis semula sejarah mengikut acuan dan fahaman Pakatan Sosialis Pro Komunis hanya mengundang kecelakaan besar. Sepatutnya PAS lebih memikirkan bagaimana hendak membangunkan ekonomi umat Islam bukannya menyibuk mengenai pengganas komunis.

Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak boleh mengikut tafsiran PAS. Ini kerana PAS mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Di Malaysia perjuangan menuntut kemerdekaan hanya melalui cara diplomasi. Manakala perjuangan komunis yang mengangkat senjata bukan untuk menuntut kemerdekaan tetapi untuk menubuhkan sebuah negara komunis.

Adalah tidak benar pengganas komunis berjuang untuk menuntut kemerdekaan kerana mereka masih berperang dengan negara Malaysia yang merdeka selepas 1957 sehinggalah 1989. Apabila British sudah keluar dari Malaysia, pengganas komunis berterusan berperang dengan kerajaan tempatan yang merdeka. Pejuang taik kucing!

Kalu PAS benar-benar hendak mengiktiraf UMNO sebagai pihak yang berjaya menuntut kemrdekaan, tarik balik dan mohon maaf kepada UMNO di atas AMANAT HJ HADI TERLEBIH DAHULU!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...