Anda patut membaca entri terkini di Selangordaily dan blog Dr Novandri. Selangordaily menulis mengenai tindakan lucu Khalid pergi ke Jerman dalam misi menarik pelaburan untuk berjumpa Menteri & EXCO Jerman. Khalid G turut membawa bersama EXCO Kesihatan Selangor. Memang lawak. Kononnya Khalid G akan berurusniaga bagi memindahkan tekonologi solar Jerman untuk pasaran di Malaysia dan di Asia. ASia tu brader !
Bulan Ramadan Nurul Izzah buat lawak jadi Menteri Luar Negara berjumpa dan berbincangn dengan Menteri Luar Negera Jerman mengenai hubungan dua hala dan diplomatik Jerman-Malaysia. Bulan Syawal, Khalid G pula ke Jerman berlakun jadi Menteri Perdagangan (MITI). Anda memang patut baca artikel http://www.selangordaily.com/?p=2453
Dr Novandri pula mendedahkan bahawa Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang sekali lagi melompat berang. Kali ini dengan permintaan PAS Pulau Pinang yang mahukan kerusi tambahan di negeri Pulau Pinang. Anwar Ibrahim baru saja meletakkan anak perempuan untuk bertanding kerusi Parlimen juga di Pulau Pinang.
Disamping itu juga Dr Novandri mendedahkan bahawa Guan Eng semakin tertekan akibat masalah dalaman DAP Pulau Pinang. DAP Pulau Pinang yakin bahawa Guan Eng akan melarikan diri dari Pulau Pinang seperti bapanya Kit Siang bila kalah pada 1999. Baca seterusnya di sini http://novandri.blogspot.com/2011/09/terkini-pkr-mati-akal-dek-pas-dap.html
Bentrakan yang semakin membesar dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis di Pulau Pinang bakal merebak ke serata tempat termasuk Selangor. PKR tidak akan mengalah kepada kehendak DAP, PAS tidak akan tunduk kepada PKR, DAP tetap mahu berdominasi malah memperkuatkan lagi usaha-usaha mereka untuk mengkaderkan Melayu masuk ke dalam DAP. Akhirnya, rakyat yang mengundi mereka akan rugi dan terus rugi.
Dengarkata Mat Syabu bakal melepaskan jawatan Timbalan Presiden kerana memalukan PAS akibat kenyataannya yang menghina anggota polis yang terkorban dalam serangan tidak berperikemanusiaan di Bukit Kepang pada 1950. Waris anggota polis yang terkorban enggan berjumpa Mat Syabu dan wakil PAS.
Bersama-sama kita ucapkan SELAMAT TINGGAL KEPADA PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS untuk selamanya !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan