Jumaat, 22 Julai 2011

NASI LEMAK SINGGIT KARIPAP LIMAPLOH SEN


GST atau GOODS SALES TAX yang pernah diwar-warkan untuk dilaksanakan sebagai langkah kerajaan BARISAN NASIONAL berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia termasuklah warganegara dari Bangla, Indon, China, Nepal, India, Sri Lanka, Republik Uganda, Kenya, Singapura, Maldives, Republik Filipina, Vietnam, Myanmar termasuklah para pelancong eksekutif , beg galas (backpackers) sepatutnya sudah boleh dilaksanakan pada peringkat ini memandangkan pagi tadi semasa membeli nasi lemak dan karipap, JS sudah lama dapati harga sebutir karipap adalah lebih mahal nilai ekonominya berbanding dengan sebungkus nasi lemak.

Lima butir karipap sama nilainya dengan dua bungkus nasi lemak sedangkan tahap manafaat kekenyangan perut tidak dapat dipuaskan dengan lima butir karipap berbanding dengan dua bungkus nasi lemak. Tambahan lagi saiz nasi lemak yang berharga satu ringgit Malaysia adalah lebih kecil berbanding dengan lima butir kairpap. 

Manakala nilai sebungkus nasi lemak di campur dengan dua butir karipap lebih besar  nilainya dengan seliter petrol RON 95. di pasaran tetapi dua bungkus nasi lemak dengan tiga butir karipap nilainya lebih besar daripada seliter RON 95 dan RON 97 serta disel bersubsidi. Bulan Ramadan sudah hampir tiba in, perkara-perkara sekecil harga nasi lemak dan sebutir karipap kalau Kementerian yang bertanggungjawab yang mana ahli Parlimennya adalah dari BERA, PAHANG hanya memandang kepada Skim Kedai 1 Malaysia RM6.00, ianya merupakan langkah yang masih belum dapat memuaskan hati majoriti pengundi berdaftar yang gemarkan makan nasi lemak dan karipap setiap hari.


Kepada Pak Menteri berkenaan walaupun nasi lemak dan karipap boleh di masak sendiri tapi jika itu berlaku ianya bakal menjejaskan pula peluang ekonomi dan pendapatan peniaga-peniaga kecil-kecilan di sepanjang jalan-jalan yang terdiri kebanyakannya dari makcik-makcik bertaraf janda dan ibu tunggal dalam kategori miskin bandar dan mudah miskin. Ada juga terpaksa menjual nasi lemak dan karipap untuk menampung cukai pintu yang semakin tinggi akibat gara-gara polisi RONNIE LIU " Lu tak bayar cukai pintu, PBT tarak heran sama Lu'

Alangkah baiknya jika semua Menteri BARISAN NASIONAL bertindak lebih kreatif daripada sekarang untuk memenangi hati pengundi berdaftar pada masa pemimpin-pemimpin pembangkang sedang bergelut dengan para pengundi berdaftar dengan kaedah taksob mereka dan pembohongan bersiri yang semakin hari semakin pudar sokongannya. Ehem, kena ingatlah majoriti rakyat jelata tidak mempunyai elaun keraian dan elaun melancung ke luar negara.

Sekian dimaklumkan,

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...