Isnin, 5 Disember 2011

IKRAR UMNO DENGAN BAI'AH PAS.


PERBANDINGAN IKRAR UMNO DENGAN BAI'AH PAS.
(Bertaat Setia Kepada Pemimpin & Perjuangan)

Inilah bunyinya ikrar, janji dan sumpah yang dibacakan oleh TPM TS Muhyiddin Yassin tempohari:-
"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."
Ikrar, janji taat setia dan sumpah UMNO di atas amat jauh berbeza dengan Bai'ah PAS. Orang PAS berbaiah dengan pertaruhan ikatan perkahwinan manakala orang UMNO berikrar, bersumpah taat setia dan bersumpah tanpa mempertaruhkan ikatan pernikahan. 

Bai'ah orang PAS membawa budaya jahiliyah yakni memperdagangkan wanita untuk kepentingan duniawi. Unsur itu tiada kedapatan dalam amalan ikrar, janji taat setia dan sumpah orang UMNO.

Justru itu, ianya bukan simbolis pengiktirafan kepada amalan ba'iah orang PAS yang menghampiri kepada amalan bidaah dhalollah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...