Isnin, 5 Disember 2011

HJ HADI AKUI DIPERKUDAKAN ADALAH TUNTUTAN PERJUANGAN PAS.

Diperkudakan dan Diperlembukan itu maksudnya adalah sama
Hj Hadi Menghina ahli PAS sendiri. 


HJ HADI mengakui bahawa PAS sememangnya diperkudakan. Anih. Beliau berkata lebih baik 'diperkudakan' daripada 'diperlembukan'. Itu tafsiran beliau. Bukan tafsiran sesiapa pun. Entah siapalah dimaksudkan oleh Hj Hadi 'diperlembukan' mungkin ditujukan kepada saf kepimpinan PKR yang diperlembukan oleh Anwar Ibrahim dan anak beranaknya di dalam PKR. 

Kalau dibiarkan pemimpin PAS seperti Hj Hadi berterusan dengan beretorik dalam keadaan mabuk kuasa lama kelamaan orang Melayu ini disamakan dengan kuda dan lembu. Malah bukan sahaja Melayu yang terkena bahkan Islam turut terkena tempiasnya.

Bukan ke lebih elok Hj Hadi berkata ' DAP diperkudakan dan diperlembukan oleh PAS. Sekurang-kurangnya nampaklah PAS ada maruah sedikit di mata pengundi. 

Paling melucukan apabila penyokong tegar PAS turut sama berdansa dengan nada dangkal Hj Hadi. Malah di dalam fesbuk mereka sibuk berbangga diperkudakan oleh DAP si kafir harbi. Rasionalisasi mereka jadi kuda boleh pergi berperang. Nak berperang dengan siapa? Dengan orang Islam sendiri? Kan sudah mengaku diperlembukan oleh DAP si kafir harbi secara tak sengaja. 

Orang PAS bila berpolitik dan beretorik mereka menampakkan mereka tidak mempunyai harga diri dan maruah yang perlu dihormati oleh kawan dan lawan. 

Pemimpin PAS dan orang PAS perlulah berlaku jujur dalam berkata-kata dan perbuatan sepertimana mereka memakai serban lilitan besar dan jubah mengheret tanah. 


Inilah yang hamba perkatakan kebelakangan ini akibat terlalu ramai budak pengembala kambing duduk dalam gudang. Sindrom ini lebih teruk dan lebih kronik di dalam PAS, DAP dan PKR berbanding dengan UMNO. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah sama Haji Hadi. Dia sedang melakukan perkara baik kerana membiarkan dirinya diperkudakan.

Macham kuda juga, bawa orang dari satu tempat ke satu tempat lain. Kalau Hj. Hadi berhenti jadi kuda, rugi lah amalan dia dan sudah pasti kurang pahala dia !

Positif sikt la bro !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...