Khamis, 15 Disember 2011

HAMBA SOKONG KAK IJAT LETAK JAWATAN DENGAN SYARAT SEMUA PEMIMPIN POLITIK TAK KIRA DARI PIHAK MANA YANG PERNAH DAPAT PROJEK DARIPADA KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT TURUT MELETAK JAWATAN SEKARANG JUGA!


MANA SETIAKAWAN DALAM PERJUANGAN KALAU TAK SANGGUP NAK PERTAHANKAN RAKAN SENDIRI DARI DI FITNAH?
(Malu La Macam Ini !)

Sikap suka melepaskan diri daripada berlaku jujur kepada rakan seperjuangan merupakan sindrom paling teruk dalam politik Malaysia. Tak kiralah dari mana parti pun. Biasanya jalan mudah akan di ambil dengan mendesak rakan seperjuangan meletakkan jawatan. Bila jawatan kosong ada peluang lah hendak berebut jawatan. Soal samada rakan seperjuangan itu di fitnah atau berada di pihak yang benar bukan keutamaan lagi. Yang penting ialah bila jawatan kosong dan projek dikosongkan ada peluang lah nak masuk line nak melobi jawatan dan projek sekali. Jijik sungguh sikap begitu.

Apa nak susah-susah lagi , infrasturktur pun dah ada, pekerja pun dah ada, lembu pun dah ada ... main sambung je la projek tu.  

Ketua Audit Negara sahkan takde penyelewengan 
SPRM pun dah sahkan takde penyelewengan
PDRM pun dah sahkan takde penyelewengan
Habis tu siapa yang menyeleweng sebenarnya?
Dah tentulah rakan-rakan seperjuangan kak Ijat sendiri yang tak nak bantu kak ijat. 
Dewan muslimah pas pun sokong kak Ijat. 

Kompeni mat salleh australia pun blah tinggalkan suami Kak Ijat sorang diri handle projek NFC.  Soal kejujuran ini memang semakin menipis di kalangan ahli UMNO bahkan ianya turut menjangkiti dalam grup-grup siber pro UMNO di mana kakitangan kerajaan dan ahli UMNO seringkali berlaku tidak jujur kepada pejuang-pejuang yang tidak bertuan. Berlaku JUJURLAH SESAMA SENDIRI. Fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

13 ulasan:

CTN berkata...

KAK IJAT @ DATO' SHARIZAT TAK PERLU BERUNDUR JIKA BENAR SPRM, PDRM, KETUA AUDIT NEGARA DAH KAJI DAN SIASAT TIADA PENYELEWENGAN. INI AGENDA PENGKIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA. AGENDA ULTRA-KIASU. INGAT BANGSAKU...TRAGEDI KEJATUHAN KESULTANAN MELAKA. INGAT SI BEDEBAH SI KITOL DAN DATUK MENDELIAR......

Tanpa Nama berkata...

Jika ikut jalan belakang ... dan tiada seleweng ... maka projet itu halal ???

Jika dia tak letak jawatan ... maka ... kita boleh andaikan setiap anggota kabinet PM ni ... semua dapat projek mega ringgit dari Kerajaan cara jalan belakang !!!

Jika nak kalah PRU13 ... stay on.

We know what to do ?

Your ball !

Tanpa Nama berkata...

Salam. Setuju 100%. Bolehlah dikatakan 4 MP dan beberapa kerat blogger pro BN sebagai menikam belakang. Ada seorang MP kata macam mana nak jawab dgn ahli UMNO?? Tahap pentingkan diri sendiri sbb tu dia tak boleh jawab...

70 orang saksi dah disoal polis dan keputusannya tiada penyelewengan. Nak percaya polis atau pembangkang?? Lagi satu soft loan 250 juta tu diberi oleh Kem Kewangan dan bukan UMNO yang beri. Kenapa pula UMNO yg nak memikulnya sampai takut giler dgn pembangkang.

Biar Kem Kewangan yang berurusan dgn NFC dan biar Audit yang memantau perbelanjaan. UMNO tak perlulah nak jawab bagi pihak NFC sebab NFC bukan UMNO punya. Ianya syarikat yang membuat pinjaman dengan faedah melalui Kem Kewangan. Jika ada sesiapa yg masih tak berpuashati, sila berurusan terus dengan NFC. Full Stop.

Tanpa Nama berkata...

Katalah projek lembu ni berjalan lancar dan mengikut jadual dan nfc tak perlu nak melabur asset. Kemudian ladang lembu ni mendapat pengiktirafan dari luar negara dan menjadi terkenal. Korang rasa ada MP nak bising2 dan suruh sharizat letak jawatan tak sebab suami dia dpt loan??

Jawapan: Dah tentu TIDAK....kan kan kan...

praha2 berkata...

ini bukan sobab prokej berjayo atau gagal. ini pasal audit dimano telah dinyatokan bahwa projek ni tak berjalan dongan botol. maksudnyo gagal. yang keduo, memboli kondo dongan duit pinjaman. soalan apo ado kono mengono projek ternakan lombu dongan memboli condo. apo kaitan kondo dongan lombu? kato suami nyo untuk melabur. taoi ini duit projek dan pijaman tak do kono mengono dongan investment.
duo perkaro berlainan. satu lagi ini mengaitkan kedudukan montori yang juga isteri kepado CEO nfc. mosti ado kaitan walaupun dio tak bersabit.
tapi"conflict of interest" ado jo. ini bukan sobab nak jatuh kan bangsa atau apo tapi disobabkan kedudukan yang akan mombori tompias kepado BN dipru13.

Jas Salleh berkata...

NFC INI BUKAN SOAL APA PUN TETAPI SOAL TERLALU IKUTKAN SANGAT RENTAK FITNAH PEMBANGKANG YANG DI PIHAK MEREKA PUN TAK PERNAH SURUH MANA2 PEMIMPIN MEREKA LETAK JAWATAN KERANA PENYELEWENGAN YG TERANG TERANG

IKUT BELAKANG APANYA ?

KONFLIK OF INTEREST APAKEBENDENYER? KAK IJAT MENTERI APA DAN NFC DI BAWAH KMENTERIAN APA?

APA YANG BERLAINAN NYA? KONDO DAN PROJEK LEMBU BUKAN KONDO ITU DI BELI UTK MEWAH2 SEGALA TAPI KONDO ITU DI BELAI ATAS SIFAT PELABURAN

DUIT ITU PINJAMAN MAKNA NYA DI BAYAR BALIK DENGAN FAEDAH.

KONDO DI BELI UTK SBG PELABURAN UTK PROJEK NFC APA YG SALAHNYA?

LAINLAH KALAU AMNIK DANA UTK BLOGER TAPI ADA DUIT GAJI TAPI SAKAU JUGAK DANA UTK BLOGER ITU NAMANNYA KHIANAT DAN TAK BETUL SELEWENG DAN SALAH

Tanpa Nama berkata...

praha2....bila anak ko gagal spm, ko anggap dia gagal dlm hidup eh?? Kalau aku tak, aku suruh dia belajar dan ambil lagi. Mungkin kali pertama tak cukup buku atau kurang konsentrasi.

Apa yg ko marah sgt dengan kondo tu. Bila2 pun dia boleh jual balik kondo tu, entah2 harga pun dah naik. Itu keputusan lembaga nfc. Apa kena-mengena dengan Sharizat.

Walaupun aku tak pernah jumpa dia, aku tetap rasa tak adil org suruh dia letak jawatan. Kalau dah tahu salah, kenapa dulu kasi suami dia pinjaman? Kenapa dulu tak stop? Lepas 3 tahun baru nak kata tak boleh. Ni sume sebab dengki je.

Tanpa Nama berkata...

cam nie lah....nfc nie bagus.kurang kurangnya msia boleh menjadi distinasi halal daging lembu untuk pasaran dunia.yg aku pelik dan muak dan memang kak ijat nie patut letak jawatan adalah kerana loan yg dia dapat,tanah yg dia dapat dan geran,,,,duit free yg dia nak sakau lagi.jangan emosinal...tenang dan bwak bersabaar.ini yg aku rasa dan pendapat ini jugalah yg membuatkan org ramai amat marah sekali.agak agaknya kalau proposal lembu ini dibawa oleh org biasa tanpa ada tgn ghaib atau kabel yg kuat,mudah ke akan dapat bantuan dari kjaan.aku pun berniaga juga,cuma bini aku sibuk jadi surirumah tangga ,nak dptkan geran atau pinjaman dari agensi kjaan....pergh....mcm sundal.sapa dah mohon tau lah nasibnya.patutlah bila minta,meka kata dah habis...upa upanya barua nie dah sakau sorang sorang....bayangkanlah berapa banyak usahawan melayu yg boleh dibantu jika 250 juta ini diagih 100 ribu seorg.anak babi?...betul.hasil balak seribu hektar pula tak tahu lah pula nilainya....pernah ke kita terpikir bila kita simpati kat anak mami ini.kalau nak kira jasa...dia dapat gaji dan elaun lah sebagai ahli parlimen,menteri dan senator.gaji pm baru berapa...belas ribu,gaji anak dia sebagai gembala lembuuuuuu,berapa ....lu pikirlah sendiri.sekarang dah belanja 181 juta,lembu baru ada 8000 ekor kalau kita darabkan dengan 10ribu seekor pun,modal beli lembu pun baru 40 jutalah....meka buat nak buat hotel ,cuma padang ragut aja......kerja giler.pada pemilik blog ini...aku pun ahli umno juga....jgn taksub.jika benar...dia salah kita kena tunjuk jalan keluar pada dia....jgn bebankan pm kita.nanti org undi atas kertas diluar kawasan yg dibenarkan (undi protes) benda dah pernah berlaku.jgn pula kak ijat rasa umno atau ngo ngo yg diupahnya mampu mendiamkan kesilapan keluarga nya.berambus keluarlah dari umno.jgn nak menyusahkan org.jgn nak bergayut atas nama umno untuk dapatkan talian hayat pm....aku marah sebab,ramai usahawan usahwan melayu tak dapat seperti apa yg dia dapat.ramai peniaga melayu yg gulung tikar ,terpaksa bergolok bergadai untuk berniaga.dia satu helai bulu pun tak perlu dicagar untuk rm250 juta ..kalau dia buat pinjaman bank seperti ahli perniagaan lain...aku lagi berani kedepan untuk pertahan kan dia.

Tanpa Nama berkata...

aiseh jangan emosional sgt bro pasal nfc dan marahkan kak ijat ... lu cuma bagi andaian sahaja .. wa nak tanya lah benda nfC nie sapa punya kerja kasi buruk buruk? lagipun kalu nak nak kak ijat letak jawatan maka hendaklah smeua pemimpin politik di Malaysia yang pernah dapat kontrak walau sekcil kecilnya pun meletakkan jawatan barulah adil saksama yea tak bro jangan nak salahkan seorang saja kan sebab bukan sorang saja yg dapat camtu yea tak bro / Rakyat jadi marah sbb di hasut agar menjadi marah yea tak bro jadi tak mustahil kalo kak ijat letak jawatan bn akan kalah teruk dalam PRU 13 yea tak bro

Tanpa Nama berkata...

NFC adalah projek intergrasi malah geran tanah bukan atas nama peribadi kak ijat takde pun nama nya. takat rm250 juta itu di kongsi bersama dengan penternak lain dalam nfc siapa kata rm250 juta itu hanya utk nfC sahaja?

Selama ini usahawan Melayu pun dah dapat banyak peruntukan melebihi RM 3 billion di bawha skim lain.

Masih nak sebarkan persepsi jahat lagi ?

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.43
Nak tahu nape hidup ko susah? Sebab hati ko tak bersih dan penuh dengki. Allah nak murahkan rezeki pun tak boleh sebab dah tahu bila ko senang dan kaya....ko jenis yang sombong bongkak. Tulah pasal rezeki tu diberi pada orang lain. Dah baguslah tu Allah tak uji ko dan isteri ko yang jadi surirumah sahaja.

p/s Orang lain pun surirumah juga tapi tak komplen....mcm2 keje boleh buat - menjahit, jual nasi lemak, jual biskut....eh macam2 lah kalau nak usaha.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat anak mai ini main duit bagi kat penulis penulis mempertahankan dirinya dlm blog agar dia nampak baik.piiiiiiii rah

Tanpa Nama berkata...

bn/umnoApcoLembu hhharam jadahhhh...

Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok !!!
Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
Kami Boikot Utusan Malaysia, UMNO Kaki Fitnah, Gelombang Reformasi II, Perajurit Keadilan, Kami Boikot Buletin Utama TV3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...