Khamis, 15 Disember 2011

HAMBA SOKONG KAK IJAT LETAK JAWATAN DENGAN SYARAT SEMUA PEMIMPIN POLITIK TAK KIRA DARI PIHAK MANA YANG PERNAH DAPAT PROJEK DARIPADA KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT TURUT MELETAK JAWATAN SEKARANG JUGA!


MANA SETIAKAWAN DALAM PERJUANGAN KALAU TAK SANGGUP NAK PERTAHANKAN RAKAN SENDIRI DARI DI FITNAH?
(Malu La Macam Ini !)

Sikap suka melepaskan diri daripada berlaku jujur kepada rakan seperjuangan merupakan sindrom paling teruk dalam politik Malaysia. Tak kiralah dari mana parti pun. Biasanya jalan mudah akan di ambil dengan mendesak rakan seperjuangan meletakkan jawatan. Bila jawatan kosong ada peluang lah hendak berebut jawatan. Soal samada rakan seperjuangan itu di fitnah atau berada di pihak yang benar bukan keutamaan lagi. Yang penting ialah bila jawatan kosong dan projek dikosongkan ada peluang lah nak masuk line nak melobi jawatan dan projek sekali. Jijik sungguh sikap begitu.

Apa nak susah-susah lagi , infrasturktur pun dah ada, pekerja pun dah ada, lembu pun dah ada ... main sambung je la projek tu.  

Ketua Audit Negara sahkan takde penyelewengan 
SPRM pun dah sahkan takde penyelewengan
PDRM pun dah sahkan takde penyelewengan
Habis tu siapa yang menyeleweng sebenarnya?
Dah tentulah rakan-rakan seperjuangan kak Ijat sendiri yang tak nak bantu kak ijat. 
Dewan muslimah pas pun sokong kak Ijat. 

Kompeni mat salleh australia pun blah tinggalkan suami Kak Ijat sorang diri handle projek NFC.  Soal kejujuran ini memang semakin menipis di kalangan ahli UMNO bahkan ianya turut menjangkiti dalam grup-grup siber pro UMNO di mana kakitangan kerajaan dan ahli UMNO seringkali berlaku tidak jujur kepada pejuang-pejuang yang tidak bertuan. Berlaku JUJURLAH SESAMA SENDIRI. Fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...