Khamis, 8 Disember 2011

DIMANAKAH PERUNDANGAN MELINDUNGI PARA BLOGER DI MALAYSIA?


DUNIA SFERABLOG DI MALAYSIA.
(Kebebasan Bersuara & Perlindungan Terpakai bagi Penulis Maya .. Di mana Yah?)

Tertarik dengan artikel Tun Faisal Pengerusi UMB yang memetik sebuah keputusan mahkamah Oregon USA yang menyatakan bahawa undang-undang Perisai (Shield Law) tidak terpakai kepada penulis maya di negeri itu. Bermakna setiap penulis maya adalah terdedah kepada implikasi perundangan terpakai ke atas penulisan di blog. Shield Law adalah perlindungan khas kepada dunia kewartawanan di Oregon sebagai penzahiran kepada Hak Kebebasan Media yang diamalkan. Katalain, jika anda tinggal di Oregon dan anda adalah seorang wartawan yang menulis sebarang kisah di dalam sebarang media lama anda diberikan perlindungan. Tetapi jika anda seorang penulis maya yang berblog serta tak bertuan dan bernaung di bawah mana-mana grup ahli Senat dan Presiden Amerika Syarikat anda tidak diberikan perlindungan. Bagaimana pula di Malaysia?

Perundangan USA tidak terpakai pun di Malaysia malah USA bukanlah negara Komanwel yang mahkamah Malaysia boleh merujuk sebarang keputusan kes di bawah Doktrin Binding Precedence. 

Malaysia tidak mempunyai Shield Law atau yang seumpamanya. Kita hanya ada takrifan kepada Hak Kebebasan Bersuara di bawah Perkara 10, Akta Hasutan , Kanun Kesiksaan, Akta Fitnah, Akta Percetakan & Mesin Cetak dan peraturan-peraturan di bawah SKMM sahaja. Terbaru kita mempunyai Akta Tiup Wisel (WhistleBlower Act) 2010.

Takrifan 'Bloger' dan batasan kepada hak-hak penulisan di dunia sferablog ditentukan oleh akta-akta di atas dan Perkara 10 Perlembagaan. 

Berdasarkan kepada kes-kes terbaru yang melibatkan para penulis blog seperti dalam kes Dato Rais Yatim dan terhadap penulis-penulis blog pembangkang, sememangnya penulis blog terdedah kepada implikasi perundangan melainkan jika anda diperlindungkan di bawah grup di mana anda bernaung. Adakah itu mesej yang hendak disampaikan? 

Kalau itulah mesej yang hendak disampaikan bermakna adakah Tun Faisal memberikan isyarat perlu bernaung di bawah UMB untuk selamat dan mendapat perlindungan? Adakah ini bermakna fungsi dan peranan UMB sudah diselewengkan demi kepentingan peribadi berbanding perjuangan parti?

Apapun para bloger di Malaysia mempunyai AKTA TIUP WISEL 2010. Kesimpulannya, jika tindakan perundangan di ambil terhadap para bloger, para bloger masih ada jalan keluar lain. 

Maklumlah kadangkala berada di satu-satu tempat dan memegang jawatan juga tidak bermakna anda selamat dan kebal dari sebarang perundangan. Yea tak ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...