Jumaat, 16 Disember 2011

BAHAYANYA WAHDATUL WUJUD - PERNYATAAN ALLAH ITU BERJISIM.

Masjid Agung Demak Perlambangan Kepada Perjuangan Menegakkan TAUHID yang Benar.

BAHAYA WAHDATUL WUJUD
WUJUD MAHKLUQ DISAMAKAN DENGAN WUJUD ALLAH SWT.

Setelah hamba menerbitkan artikel ANWAR IBRAHIM MEMBAWA WAHDATUL WUJUD, ada seorang pemberi komen mempertahankan fahaman Wahdatul Wujud. Bacalah komen beliau ini:-
Art_vespa berkata...

Jadinya, ia boleh mengelirukan umat islam la..

Persoalan kedua:- Roh kita ini diciptakan daripada Siapa?,daripada apa dzatNya? dan siapa penciptaNya? 

Bukankah Roh itu diambil sebahagian daripada NurNya Allah, lalu dimasukkan ke dalam jasadnya Adam.

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dariKu, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.(Al-Hijr,ayat 29)

Mulianya manusia berbeza dari makhluk ciptaan Allah swt yg lain adalah kerana manusia itu mempunyai sebahagian dari NUR ALLAH swt iaitu ROH. 

Persoalan Ketiga:- Ada kata, Allah itu lebih dekat dgn kita lebih daripada urat leher kita sendiri. Katanya lagi, Allah itu lebih dekat dgn kita lebih dari hati kita sendiri. Jadinya, apakah maksudnya itu?

Abu Hurairah pernah berkata:- Sesungguhnya ilmuku ibarat 2 karung guni, sekarung boleh kuberikan/kuajarkan dan sekarung lagi jikalau kuajarkan, nescaya aku akan dicerca, dituduh murtad dan kamu akan memancung kepalaku.

WAHDATUL WUJUD itu tidak salah bagi yang mengerti dan mengalaminya, tetapi mesti dirahsiakan krn ia sebahagian drp rahsia2 Allah swt.Spt video yg saudara Upload, memg itulah yg akan terjadi.

Maka, adalah diperlukan bahawa Penulis perlu memahami hakikat sebenar maksud WAHDATUL WUJUD sebelum menyamakan dengan sesuatu, dikhuatiri mendatangkan salah tafsiran.Pelajarilah ilmu ini,kelak Penulis akan merasai kenikmatannya.

Wassalam
Apakah benar apa yang dituliskan oleh Art Vespa tersebut?  Hamba telah bertanya kepada yang lebih arif daripada Hamba mengenai perkara itu. Ternyata apa yang di tulis oleh art Vespa itu jauh tersasar dari TAUHID yang di bawa oleh seluruh para Rasul dan para Nabi Allah swt. Berikut adalah apa yang telah disampaikan oleh orang yang lebih arif itu kepada hamba ke atas persoalan yang ditimbulkan oleh pengamal Wahdatul Wujud. Kepada anda pembaca molek benar bertanya kepada Mufti, Tok Imam, ustaz bertauliah dan kepada Qadhi yang bertauliah. Jangan tanya Hamba pulak. Hamba pun bertanya kepada mereka yang disebutkan tadi.

Inilah yang menjadi pegangan dan panutan Anwar Ibrahim dan tidak mustahil sebahagian besar kepimpinan PAS. Fahaman ini adalah fahaman TALMUD. 

Hakikat ROH manusia dan sekelian kejadian itu bukanlah sepertimana yang dimengertikan oleh pengamal Wahdatul Wujud. Ianya jauh berbeza dari apa yang difahamkan oleh pengamal Wahdatul Wujud. Roh manusi itu ada permulaannya sedangkan Zat Allah itu tiada permulaan. Bukankah dalam sifat wajib dikatakan Allah itu wujud, qidam baqa dan bersalahan dengan segala yang baharu?

Persoalan ketiga yang dilemparkan olehnya itu ternyata amat keliru sekali pemahamannya. 'Hampir kepada urat merih' adalah isyarat bahawa mana-mana hamba Allah swt yang menyintai Allah swt sentiasa merasakan kehadiran Allah swt lebih hampir dari urat merihnya sendiri. Bukankah telah dinyatakan dalam sebuah hadis Rasullullah s.a.w. bahawa IHSAN itu ialah seolah-olah nampak Allah swt? Seolah-olah nampak maknanya "merasai kehadiran NYA". Perbandingannya ialah kekasih hati. Kenapa kita sentiasa mengatakan "Kekasih hatiku jauh di mata tapi dekat di hati?"

Wahdatul Wujud tidak mengungkapkan apa yang di sebut sebagai ' Sirrus-Sir atau Rahsia Di Dalam Rahsia yakni mengungkapkan HAKIKAT KEJADIAN INSAN. 

Wahdatul Wujud hanya mengajarkan pengamalnya menjadi TUHAN LEBIH DARI TUHAN. Inilah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim yakni beliau menyakini bahawa beliau tiada pahala dan tiada dosa. Orang yang mengetahui tidak semestinya mengerti.

Perkara ini wajib di ambil serius oleh kerajaan Malaysia kerana fahaman Wahdatul Wujud ini sebenarnya mengajarkan pengamalnya menjadi TUHAN. kelam kabut caca marba umat Islam nanti jadinya seperti yang berlaku sekarang di Malaysia. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...