Rabu, 28 Disember 2011

BADRUL AMIN MENAFIKAN ANWAR IBRAHIM ADALAH IMAM MAHDI.


Dalam keadaan tergesa-gesa Badrul Amin menafikan bahawa beliau ada menyebut Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi. Betul. Dalam klip video beliau tidaklah menyatakan sebegini ' Anwar Ibrahim itu Imam Mahdi' tapi dalam kefahaman keseluruhan konteks kata-katanya ianya merujuk kepada kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi. Siapakah lagi pemimpin akhir zaman yang ditakdirkan untuk membebaskan Palestin kalau bukan imam Mahdi? Bukankah Badrul Amin menjelaskan bahawa 'pemimpin tersebut' sambil merujuk kepada 'lokasi' dan 'ujian getir' mengarahkan kepada Anwar Ibrahim? Kalau bukan, mungkin Badrul Amin memperkatakan mengenai Dajal Al Masikh.Jadi adakah Badrul Amin menyindir Anwar Ibrahim sebagai Dajal Al Masikh yang di tunggu-tunggu oleh puak zionis?

Petikan ini hamba cilok dari blog MPP, kenyataan Badrul Amin:-
"Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa." - Badrulamin
Siapakah lagi yang dimaksudkan oleh Badrul Amin itu kalau bukan Imam Mahdi dan kemudian menyimpulkan bahawa Imam Mahdi itu adalah Anwar Ibrahim.

Orang PKR ini semasa bercakap tak ingat dunia bila sudah tersasul barulah beri bermacam alasan sampaikan langit dan bumi pun tidak sanggup mendengarnya. 

Budaya membodek terlampau ini juga berlaku di kalangan puak-puak tertentu di dalam UMNO. Kini ada sesetengah puak cuba menyerang institusi yang mempertahankan DS Najib dengan pelbagai cerita dongeng macam cerita cicak rumah dengan enjit-enjit semut siapa ada bajet boleh beli ranking alexa.

Bilalah orang Melayu yang berkedudukan tinggi dan mempunyai kuasa mahu belajar apakah makna KEJUJURAN? Setakat cakap sahaja fisabillilah kemudian keesokan paginya sain baucer RM50 ribu rasanya bukan fisabillillah tapi Masya Allah !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...