Rabu, 30 November 2011

MAJLIS ANUGERAH NADI NEGARA PENGIKTIRAFAN INTELEKTUAL MUDA.

MAJLIS ANUGERAH NADI NEGARA.
(Pergerakan WANITA UMNO MALAYSIA)
(EXCO Pengajian Tinggi)


Program ini dilaksanakan di PWTC oleh Pergerakan Wanita UMNO. Ianya memberikan pengiktirafan kepada generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademi, kokuriulum, persatuan dan sukan Selaras dengan nama program tersebut ianya bermatlamat menjadikan generasi muda menunjangi pemerkasaan agama bangsa dan tanahair. Mewariskan kemakmuran negara kepada generasi seterusnya. Generasi mudalah merupakan Nadi Negara di masa hadapan dan apabila mereka mencapai usia matang ianya diwariskan pula kepada generasi muda seterusnya. Begitulah objektif dan sasaran program tersebut.


Program ini dilaksanakan oleh Senator Norliza Abdul Rahman EXCO Pengajian Tinggi Wanita UMNO Malaysia. Tahniah kepada beliau.

Program sebegini membuka ruang dan luang luas kepada generasi muda untuk merasakan mereka dihargai sepenuhnya dan tidak dilupai oleh parti politik seperti UMNO. Mendekati dan menyelami hati, minda dan perasaan generasi muda melalui pengiktirafan sebegini mampu membawa UMNO terus relevan dan dekat di hati serta minda generasi muda. Tahniah PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA!


Dr Novandri Bergambar Bersama-sama rakan-rakan muda penerima Anugerah Nadi Negara.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...