Rabu, 30 November 2011

ABANG TAK MARAH LISA .... ABANG SUKER !!!!!!!

AL KISAHNYA , LISA SURIHANI PUTERI UMNO.

Eh ..Kenapa Abang & Kawan-kawan Tak Datang???
(Siapalah Kami Lisa Oiii .. )


Barulah kami para pejuang maya pro UMNO dalam kumpulan bukan ahli atau pemegang jawatan parti agak dipinggirkan dari PAU 2012 kerana tiada jemputan, tiada ajakan malah ajak-ajak ayam pun takde. Anging-anging pun takde. Takpe lah. Kami sedar siapa diri kami lagipun kami berjuang bukan kerana hendak glamer atau sekeping dua nota warna ungu yang ada tandatangan Gabenur Bank Negara. Kami ini hanya kelihatan apabila mereka yang berkepentingan tak cukup tangan dan tak cukup kaki serta perlukan bantuan. Oleh kerana dalam PAU 2011 mereka cukup kaki dan cukup tangan maka apalah gunanya kami di panggil buat nyemak PWTC jek. Ha ha ha. Lagipun cik Lisa Surihani dan beberapa tokoh korporat penting ada berkumpul dan kalau terserempak dengan kami nanti hilang plak glamer mereka yang berkepentingan. Yea tak? Bloger APA tentu bersetuju. Nanti ada plak grup dan individu tertentu tak boleh cari makan disebabkan oleh kehadiran kami di PAU 2011. Ha ha ha. Oklah , rakan bloger ada memaklumkan bersekali dengan gambar bahwa Lisa Surihani memilih Puteri UMNO sebagai wadahnya untuk memertabatkan agama, bangsa dan tanahair. Baguslah diharapkan cik Lisa Surihani akan memakai tudung. Bakal menambahkan lagi seri wajahnya nanti dan PUTERI UMNO yang seringkali di fitnah sebagai Tidak Taat Beragama. Kasi PAS sama PKR terutama AMK dan Dewan Pemuda PAS meleleh air liur terus sawan dan mengundi BARISAN NASIONAL. Tahniah Lisa Surihani, maaf abang dan kawan-kawan abang tidak dapat bersemuka dengan Lisa kerana kehadiran kami mampu mengugat banyak kepentingan orang lain. He he he.

Kongrats Lisa Surihani Kehadiran Anda Memantapkan
PUTERI UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...