Jumaat, 25 November 2011

AHLI PARLIMEN SEPANG TOLONG BERI LALUAN KEPADA ORANG LAIN PULA.

"Najib juga menempelak tindakan sesetengah Pemimpin BN Negeri yang bersikap sedemikian yang hanya akan menipu diri sendiri sendiri. sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan. "Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu? "Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah."



Kawasan Parlimen Sepang dan tiga DUN yang berada di dalam kawasan Parlimen tersebut bukan merupakan Kawasan Selamat lagi untuk BARISAN NASIONAL. Antara lain, alasan yang sering diperkatakan oleh pengundi di kawasan tersebut ialah:-
  1. Ahli Parlimennya syok sendiri.
  2. Tiada Pembangunan yang benar-benar memberikan impak besar kepada masyarakat setempat;
  3. Sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen di Sepang.
  4. Kurang mesra rakyat tapi cukup mesra dengan orang atasan sahaja.
  5. Banyak aduan daripada rakyat bawahan hanya tinggal pada kertas A4 di Pejabat Khidmatnya sahaja.
Manakala Program yang dijalankan oleh Pakatan Haramjadah boleh dikatakan saban minggu diadakan dan kian mendapat sambutan. Program yang dijalankan olehnya pula hanya setakat dihadiri oleh penyokongnya sahaja. Outputnya cantik tapi outcomenya hancus. Begitulah hakikatnya. 


Hamba menulis ini bukan hendak mencantas dan mewakili kepentingan sesiapa pun. Hamba ini penyokong BN yang bebas daripada sebarang ikatan ketuanan mana-mana pemimpin BN dan grup. Kebenaran itu adalah pahit sesangat.


Hamba berani tulis perkara ini kerana Tun Dr Mahathir pun sanggup berundur demi sayangkan agama bangsa dan negara dan untuk menyelamatkan UMNO serta BARISAN NASIONAL. Itupun tak nak jadikan tauladan ker? Fikir ler. Jangan disebabkan oleh kedegilan dan kekerasan hati sendiri maka tergadai nasib agama bangsa dan negara.  Eloklah berundur sepertimana Tun Dr Mahathir berundur dulu. Kalau Tun Dr Mahathir boleh berundur apatahlagi pemimpin seperti Ahli Parlimen Sepang. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasanya sebab ahli parlimen sepang tu la kawasan ni masih kekal kepada BN...masyarakat dan penduduk nampak kredibaliti dia...dlm politik memang mcm ni..tak blh nampak org lain senang

JAS SALLEH berkata...

Parlimen Sepang daripada dulu adalah kawasan selamat letaklah mana calun pun semuanya boleh menang bro. Lgpun dia telah berkhidmat lama dan perlu beri laluan kepada pihak lain pula. Kalau kalah BN di Sepang bagaimana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...