Selasa, 8 November 2011

ADA APA DENGAN MARINA MAHATHIR?


MARINA MAHATHIR. Bapanya seorang negarawan Ulung Tanahair. Bapanya dihormati ramai. Bapanya disanjung ramai. Bapanya seorang Pemimpin Unggul. Bapanya ... banyak lagi lah jasa-jasa bapanya yang tidak terungkap. Hamba sendiri begitu menghormati bapanya tapi penghormatan itu tidak akan sesekali hamba lebarkan kepada Marina Mahathir. Perbuatan Marina Mahathir menyokong Pesta Seksualiti Terlaknat Ke Neraka bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Ini bukan pertama kali beliau melakukan onar dan pengaiban kepada bapanya sendiri. Marina Mahathir berhak kepada pendapatnya sendiri tetapi rakyat berhak menilai pendapatnya. Hamba juga berhak mengatakan Marina Mahathir sudah banyak merosakkan masyarakat Melayu Islam dengan pemikiran liberalnya yang tidak tentu hala. Seksualiti Terlaknat Ke Neraka bukan soal HAK ASASI MANUSIA. Ianya soal sekelompok manusia yang keras kepala dan menuruti hawa nafsu mereka. Kemudian mereka mempersalahkan 'kejadian mereka sendiri' tanpa berfikir panjang bahawa mereka diberikan kekuatan untuk melawan 'nafsu serakah songsang' mereka itu. Samalah seperti pe'el iblisetanirojim laknatullah yang enggan mematuhi perintah Allah SWT dan mempersalahkan seluruh bani Adam di atas kesalahan perbuatannya sendiri.Tidak ada kemuliaan bagi mengamalkan sesuatu yang hukum alam sendiri pun menolaknya. Manusia dimuliakan dan dilebihkan dari sekelian makhluk dan ciptaan kerana anugerah akal (salah satunya).Matlamat penciptaan manusia ialah beribadat kepada Allah swt. Amalan seks songsang adalah perlakuan di luar akal sihat dan bukanlah ibadat yang di tuntut. Kelompok pengamal seks songsang dijauhi oleh masyarakat kerana amalan songsang mereka. Apa susahnya? Andaikata mereka mahu kembali ke pangkuan masyarakat maka wajiblah mereka meninggalkan perbuatan amalan seks songsang mereka itu. Janganlah dipaksakan ke atas masyarakat untuk menerima nilai amalan seks songsang sebagai pra-syarat  layan asil saksama kepada pengamal seks terlaknat. Adakah Marina Mahathir juga mahukan seluruh masyarakat turut dilaknati oleh Allah swt kerana memberikan restu redha kepada pengamalan seks songsang yang amat jelas menyalahi perintah Allah SWT. Helo, hendak diletakkan di mana RUKUN IMAN dan RUKUN ISLAM? Sedarlah Marina Mahathir bahawa masyarakat menolak pengamal seks songsang bukan kerana apa diri mereka tetapi kerana amalan mereka yang begitu menjijikkan dan merendahkan martabat seorang manusia serta menghina manusiawi itu. Sudah-sudahlah memalukan dan mengaibkan ibu ayah dan adik beradik kamu yang lain di mata masyarakat negara ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anuwar kata kat Hj.Saifol CAN I FUCK YOU?Kalau anuwar jumpa marina apa dia nak kata ya?

Tanpa Nama berkata...

Kesian pada DR Mahadhir kerana perangai anaknya yang songsang....maka orang tua tu dapat nama busuk.Sabar sahajalah Tun sebab anak yang dah besar panjang dah tak bolih diajar lagi.Lain kali bentuklah dia masa jadi rebong sebelum menjadi buluh lagi.

Tanpa Nama berkata...

KENAPA NAK PERJUANGAN ATAS DASAR HAK ASASI MANUSIA SEDANGKAN KITA TAHU, KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA MENYEBABKAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI HAIWAN KERANA LEBIH PENTINGKAN NAFSU DAN ADALAH LEBIH TERUK DARIPADA HAIWAN ITU SENDIRI KERANA HAIWAN TAKDA AKAL TETAPI TAU JANTINA NYA.

Tanpa Nama berkata...

masih hidup Tun M , anak dia dah buat kerja Dajjal ! hidup2 Tun M kena berak dengan Marina , marina yg tak sedar diri , atau kerana dia tak faham agama ?

selama hidup ini belum pernah aku nampak gambar marina pakai telekung , atau dalam masjid atau dalam majlis kebajikan ,

mak dia Hasmah masih hidup , bapak dia Mahatir masih hidup , Marina membuatkan hidup Tun M dan Tun Hasmah umpama dalam Neraka !

Marina harus bertaubat , marina dah jauh tersesat dan tenggelam dalam fahaman yg sesat !

Marina kini sesat dan menyesatkan !

Tanpa Nama berkata...

Kenapa harus perjuangkan golongan sebegitu?Kenapa perlu menghormati amalan songsang mereka?sudah terang-terangan amalan songsang dilaknat ALLAH SWT..knapa perlu kita memperjuangkan hak mereka..inilah dinamakan doktrin barat..semuanya pasal hak..tapi kenapa kalau hak dgn ALLAH tak nak diperjuangkan..ALLAH suruh tutup aurat, knapa tak nak tutup wahai Marina Mahathir..kalau semuanya nak sama rata hak asasi manusia, alamat memang kucar kacirla dunia ni..yang salah nak dibenarkan dan yg benar nak disalahkan..Ingat matlamat kita hidup di dunia ini..matlamat kita utk mndapat keredhaanNYA..kenapa arahan yg Allah suruh buat kita ingkar tp laranganNYA kita buat..ini mnunjukkan kita mncabar ALLAH SWT..insaflah wahai Marina Mahathir dan sesiapa yg mnyokong Seksualiti Merdeka ini.

Tanpa Nama berkata...

marina2...kesian kat bapa dia seorg negarawan ulung lagi dihormati seluruh dunia islam..tun sabar2 lah semoga tuhan tunjukan jalan lurus kat marina.tak mahu songsang

Tanpa Nama berkata...

Stim aku tengok, boleh tahan besar buah dada member dia tu.

Tanpa Nama berkata...

kalu marina xpakai tudung masih boleh diterima lagi..tapi kalu tupang semangkut dlam majlis songsang tu mng xboleh terima langsung,,sedih,hiba dan mcm2 lagi.bila ingat kat bapa dia tun mahathir sgt dihormati..ingat2 marina kita org islam melayu...si ambiga tu kafir per dia tau..songsang2

Tanpa Nama berkata...

Kutuk je jenis manusia cam Marina nie...lebih2 lagi bila menantang hukum Allah.. Bab Tun jagn kita bawa sama , sebagai bapa aku rasa sudah cukup didkian yang di beri ..tapi dasar anak2 yang bila dah dewasa ..kononya mampu berdiri atas kaki sendiri...tidak heranlah kalau dia membelakangkan ayahnya Tun yang kita hormati tu.

Abour time kita gasak manusia2 jenis yang bersekongkol dengan kesongsangan hidup nie...

JAS SALLEH berkata...

Terharu rasanyer membaca komen-komen yang berjiwa KEMELAYUAN dan bersemangat ISLAM yg tau membezakan antara HAQ & BATHIL. Memang kita akan gasak habis-habisan.

Tanpa Nama berkata...

sudah terbuktilah iman mmg xdpt diwarisi w/pun ibubapa seorg b'pendidikan agama tp anak blm tentu lg....sama2lah kita berdoa agar marina mendapat hidayah dr ALLAH s.w.t

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang berlaku jika kita tidak lagi mengikut hukum2 Islam...Lasbian, homosex, sex bebas semuanya dilaknat Allah SWT dan sepatutnya dihukum bunuh..rejam, sula...kenapa ada orang Islam sendiri yang berjuang mempertahankann hak golongan ini??? Sudah lupakah pada ajaran Islam dan perintah AllAH..A'uzubillahmin zalik...Subhannallah!

Tanpa Nama berkata...

NAK DIKATAKAN MACAM MANA? SETIAP AMALAN ANAK ADAM ITU ADALAH TANGGUNG JAWAB DIRI SENDIRI.BUKAN DITANGGUNG IBU BAPA.

DOSA DAN PAHALA ITU TANGGUNGAN DIRI SENDIRI.

SEDANG KAN NABI PUN TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN AKIDAH ANAK DAN ISTERINYA.APALAGI KITA NI MANUSIA BIASA TENTU LEBIH BANYAK KELEMAHANNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...