Rabu, 19 Oktober 2011

TAK ROK LAH CAMNI YB.

Apa Pandang-pandang Brader !

YANG BERHORMAT. Di Malaysia ini akan segala manusia terpilih dalam pilihanraya untuk menjadi waikl rakyat diberikan gelar-gelar. Gelaran rasmi untuk segala para wakil rakyat baik di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri ialah YB. Dalam bahasa Ingeris berbunyi seperti WHY BEE? Dalam translasi bebas ke bahasa Melayu 'Kenapa Lebah?' Memang ada persamaan antara Lebah dengan wakil Rakyat Malaysia. 

Persamaan-persamaan tersebut disenaraikan seperti berikut:
Pertama, persamaan dari segi bunyi bising. 
Kedua, persamaan dari segi mengutip segala madu-madu bunga. 
Ketiga, mempunyai sengat berbisa tapi sekali sengat sahaja.
Keempat, hanya terbang keluar cari makan saja. 
Kelima hanya duduk dan buat di sarang tinggi-tinggi dan sukar seperti pokok Tualang.
Keenam, hanya duduk dalam kelompoknya sahaja.
Ketujuh, madu yang berkualiti tinggi hanya untuk 'permaisuri' sahaja.
Kelapan, bertempiaran lari bila kena asap.
Kesembilan, hanya beruang sahaja mampu dapat madu lebah.
Kesepuluh, hanya menyerang di dalam kelompok besar.
Kesebalas hanya taat kepada seekor lebah betina sahaja.
Keduabelas tidak bercampur dengan spesis lain
Ketigabela, sibuk memanjang
Keempatbelas, manusia takut nak dekati
Kelimabelas buat benda yang sama setiap hari.
Keenambelas, manusia sentiasa mencari madu Lebah.
Ketujuhbelas, lebah suka buat madu.
Kelapanbelas mampu melakukan persenyawaan antara pokok-pokok lain
Kesembilanbelas, boleh dikomersilkan.
Keduapuluh tidak merbahaya jika tidak di usik
Keduapuluh satu, pantang jika sarangnya di jolok.

Salah satu serangga yang sering di sebut dalam al Quran ialah Lebah dan begitulah juga mengenai kelompok pemerintah dan pemerintahan manusia yang ada di mukabumi ini.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekelian janganlah anda mudah keliru dan terkeliru dalam mengenal Lebah dan Sarang Lebah untuk dapatkan madunya. Cuma jangalah pula mengambil resam pepatah Melayu 'Habis Madu Sepah Terbuang' tapi kini kita menyebut 'Raba Payudara Dapat RM200,000'.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...