Sabtu, 1 Oktober 2011

KAK WAN JIJAH TERJERAT DENGAN PEMBOHONGAN TERBARU DAP.


Rupa-rupanya biaDAP terlalu desperado untuk menyelamatkan Dinasti Lim dalam biaDAP. Terbaru, biaDAP terpaksa mencetuskan sebuah momentum pembohongan. Bertujuan untuk menutup aib Guan Eng yang terkantoi.ADUN Bentayan dari biaDAP Gwee Tion Hiang pada hari ini terpaksa berlakon menitiskan airmata untuk meraih simpati. Apakah lakonan beliau? Baca di bawah ini:-

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang harii ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti. Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubungi melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung perdatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.Gwee mendedahkan transkrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi. Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan. Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000."Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ..."Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat mata.
 Beberapa persoalan timbul di sini :-
1. Sesiapa saja boleh menalipon Gwee untuk melakukan sedemikian itu.
2. Adalah mustahil ianya berlaku melalui percakapan talipon.
3. Kenapa Gwee tidak membuat sebarang rakaman video, audio dan foto semasa pertemuan tersebut?
4. Kenapa ianya membabitkan kejadian di Johor?
5. Kenapa setelah 2 kali dihubungi melalui talipon dan sekali pertemuan baru Gwee dedahkan?
6. Kenapa tidak mendedahkannya pada kali pertama ia menerima panggilan talipon?

Cerita Gwee mengundang keraguan kepada ceritanya sendiri, sebuah rakaman talipon tidak memadai untuk membuktikkan dakwaan Gwee. Lagipun kenapa perlu menangis? Belajar daripada Kak Wan Jijah ke? Kan sebiji cam DRAMA SWASTA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...