Khamis, 20 Oktober 2011

HIMPUN, 3R & CINCIN SEBENTUK HABIS KECOH 27 JUTA.

KEPUTUSAN PRU 12 -DEWAN RAKYAT

KEPUTUSAN PRU 12- DEWAN UNDANGAN NEGERI

MALAYSIAKU AMAN. Politik di Malaysia memang terbaik dan syok sendiri. Bayangkan dek kerana dua ratus dua puluh dua orang dan lima ratus tujuh puluh enam WHY BEE (YB) habis kecoh kehidupan dan penghidupan dua puluh lapan ke dua puluh sembilan juta penduduk. Impaknya sehingga menjejaskan makcik tua yang duduk di kampung yang masih belum ada bekalan eletrik, jalan bertar, talian talipon dan perkhidmatan air bersih. Tujuh Ratus Sembilan Puluh Lapan ( dua ratus dua puluh dua campur lima ratus tujuh puluh enam) punya pasal. Bermacam bentuk konroversi dan kontradiksi dibangkitkan oleh Tujuh Ratus Sembilan Puluh Lapan orang YB. Meriah politik Malaysia. Pemilih berdaftar setakat ini yang diketahui sah taraf dalam Senarai Daftar Pemilih Induk Tahun 2010 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua (DPT ST 2/2011)  lebih 12 juta pada 13hb Oktober 2011 (berapa lebihnya .. entah ler). Politik Malaysia berasaskan kepada permusuhan peribadi menjadi permusuhan politik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat jelata. Dalam soal agama, permusuhan peribadi pemuka-pemuka agama lain terhadap kerajaan dijadikan asa permusuhan politik. Kemudiannya mencetuskan kontradiksi yang menghasilkan dialektika negatif. Mahu tak mahu terpaksalah pihak yang di serang membuat defensif secara berhimpun beramai-ramai dalam stadium secara aman. Segala ttindakan defensif terhadap tindakan ofensif di antara kedua pihak yang bersengketa terdedahlah pelbagai keburukan-keburukan yang turut melibatkan ahli keluarga pemimpin-pemimpin. Ada yang sengaja di rekacipta dan ada yang berdasarkan kepada fakta sebenar. Contohnya skandal 3 R (Raba, Ramas, Rasuah) ianya benar manakala isu cincin adalah palsu. Kancah politik Malaysia menjadi begitu meriah sekali kerana pemilih berdaftar pada PRU 12 begitu terpengaruh dengan ofensif pembangkang terhadap kerajaan BN terutamanya UMNO. Pada akhirnya hanya sebahagian kecil pemilih menikmati hasil tindakan undi protes dan majoritinya menanggung kerugian besar. Jika corak ini berterusan tidak mustahil plilihanraya menjadi tidak relevan lagi. Sudah tentulah minoriti pemilih yang telah mengecapi nikmat akan mengekalkan status quo mereka manakala majoriti akan memberontak. Sekali lagi tercetus konflik akibat kontradiksi yang sengaja diperbesarkan oleh YB yang tidak bertanggunjawab.Hamba berharap agar pada kali ini setiap seorang pemilih berfikir panjang dan lebih daripada dua kali melebihi sepuluh kali apabila membuang undi pada PRU 13 nanti. Fikir .. Fikir ... Fikir sampai berjuta kali pun tidak mengapa. Jadikan pengalaman pasca 2008 sebagai pengalaman. Ingat ! memilih adalah senang tapi untuk mengubah keputusan itu memerlukan anda tunggu selama lima tahun lagi. Itupun jika tidak meletus persengketaan dahsyat. Buatlah keputusan dengan tepat dan bukan kerana hendak cepat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...