Sabtu, 3 September 2011

ENJIT-ENJIT SEMUT MAT SABU RASA SAKIT DI SINDIR MB PAHANG


Si Semut Hitam melapurkan pada entrinya bahawa MB Pahang menyindir tajam Mat Sabu berkaitan sokongan Mat Sabu dan PAS yang tidak berbelah bagi kepada perjuangan komunis PKM membunuh seramai 3 000 orang awam, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. 

Dalam sidang media di Bentong sempena sambutan menyambuat aidil fitri , MB Pahang dalam nada sindiran menegaskan  tiada guna membuat sebarang kenyataan balas ke atas kenyataan Mat Sabu jika pemimpin-pemimpin PAS sendiri gemar membuat kenyataan-kenyataan mengada-ngada dan bersifat kebudak-budakan.

MB Pahang turut menyindir secara umum pendirian politik PAS yang sanggup melakukan apasaja demi meraih undi kaum bukan Melayu. Beliau berkata PAS sanggup memutar belitkan fakta sebenar dan memesongkan perhatian rakyat secara melampau keterlaluan. Beliau menyindir Mat Sabu dengan berkata:-
"Jika Mat Sabu beria - ia nak mengubah sejarah yang sedia ada, jangan marah pulak kalau ada pihak yang nak membetulkan sejarah mengenai diri dia dikemudian hari nanti."
200% betul apa yang disindirkan oleh MB Pahang ke atas pemimpin-pemimpin PAS. Sirah baginda Rasullullah s,a,w, pun mereka sanggup putar belitkan (khutbah aidil fitri Hj Hadi di Rusila Marang 2011 - Bangina Rasulullah s,a,w, dikatakan pengkhianat bangsa dan kenyataan Pok Nik menyamakan Baginda Rasullullah s.a.w. sebagai budak kampung bernama Mat).

Seterusnya, menurut bloger media permatang pauh, Sam Kemetot mendakwa bahawa sejarah negara sudah dipesongkan dan golongan muda sepatutnya tidak mengibarkan bendera Malaysia. Semakin celaru dan keliru perjuangan Sosialisma dan komunisma di Malaysia ini. 

Sejarah kemerdekaan negara sudah pun tercatit dan tidak memihak kepada mana-mana puak. Ternyata dalam perlumbaan mencapai kemerdekaan, UMNO berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British melalui jalan perundingan. 

Puak berhaluan kiri yang pro komunis dan sosialis gagal mendapatkan kemerdekaan kerana kebangangan mereka melakukan penentangan dan strategi yang tidak mendapat sokongan 100% daripada majoriti rakyat Tanah Melayu. 

Mengiktiraf penganas komunis PKM sebagai pejuang kemerdekaan merupakan satu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan terawal seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Datuk Naning dan beberapa lagi nama dan tokoh penentang British yang tidak mengorbankan nyawa orang awam, wanita dan kanak-kanak seperti PKM lakukan. 

Sam Kemetot patut bertanya, kenapa Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam menjadi ahli Parlimen di awal kemerdekaan terdahulu? Adakah fakta itu patut di ubah?


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...