Selasa, 13 September 2011

NASIHAT TUN DR MAHAHTIR LEWATKAN PRU 13.

Ramai yang gelisah dan resah menanti hadirnya PRU 13. Mandat bagi kerajaan Pusat dan semua negeri-negeri akan berakhir pada 14hb April 2013. Pihak Pengganas Pro Komunis tidak akan menyerahkan mandat yang mereka nikmati jika Parlimen dibubarkan sebelum pada 14hb April 2013. 

Menurut Tun Dr Mahahir dalam satu temu bual RTM berkata sebagai jawapan kepada pertanyaan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hasan wajarlah PRU 13 dilewatkan bagi membolehkan DS Najib membuat penilaian siapakah yang layak menjadi calon yang memenuhi syarat' Calon Boleh Menang'

Saranan Tun Dr Mahathir tersebut ada kebenarannya. Memilih calon yang layak dan sesuai serta disukai ramai oleh rakyat memerlukan masa yang lebih panjang. Menguji kesetiaan para pesaing di dalam parti juga turut memerlukan masa yang panjang.

Dalam tempoh masa yang masih ada selama 18 bulan sebelum 14hb April 2013 adalah mencukupi bagi penilaian dan menguji kesetiaan. lagipun kerajaan barisan Nasional memunyai masa yang cukup untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Pakatan Pro Komunis tidak berada dalam keadaan selesa jika PRU 13 dilewatkan. Langkah-langkah kerajaan Barisan Nasional untuk menangani isu kenaikan harga barangan belum dapat dirasai impaknya secara menyeluruh oleh rakyat jelata.

Kini timbul pula isu pendustaan terbaru Pakatan Pro Komunis yang menuduh bahawa segala keterangan dalam kes perbicaraan rasuah Anwar Ibrahim telah dipalsukan.


2 ulasan:

Unknown berkata...

GOOD ARTICLE BRO

Jas Salleh berkata...

Tengkiu bro ini semua belajar cara bro jugak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...