Selasa, 13 September 2011

PERKHIDMATAN KESIHATAN: ZALIMNYA KERAJAAN BN!

Memang zalim! Sungguh zalim! Kerajaan BN memang zalim terhadap rakyat jelata terutama dalam perkhidmatan kesihatan. Ketidakadilan berlaku di mana layanan berbeza diberikan mengikut peringkat umur pesakit. 

Memang sungguh tak patut kerajaan BN TIDAK MENGENAKAN SEBARANG CAJ DAN MEMBERIKAN SECARA PERCUMA KOS RAWATAN DAN UBATAN BERMUTU TINGGI KEPADA KANAK-KANAK DAN ORANGTUA! 

Lagi tak patut Klinik 1 Malaysia cuma mengenakan caj RM1.00 !

(Artikel ini berdasarkan kepada Takrifan 'Pemerintah Zalim' oleh Pakatan Pengganas Pro Komunis yang mana mengikut fahaman mereka sebuah PEMERINTAH ZALIM adalah:-)
1. Perkhidmatan Kesihatan dengan caj RM1.00 kepada ibu mengandung sehinggalah anak itu membesar, meningkat dewasa dan tua. Seumur hidup setiapkali pergi ke hospital bayar RM1.00. 
2. Perkhidmatan Kesihatan percuma kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama (ini polisi Rasisma) 
3. Menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan di semua daerah, bandar-bandar kecil dan desa. Hospital Daerah, Pusat Kecil Kesihatan Daerah , Klinik Pergigian dan banyak lagi. 
4. Memberikan perkhidmatan kesihatan dengan doktor pakar untuk ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak pada caj kurang daripada RM50.00 
5. Ubat-ubatan yang bermutu tinggi pada kadar percuma dan jauh lebih rendah daripada harga sepatutnya melalui subsidi kepada 27 juta penduduk tanpa mengira warna kulit dan agama.
KERAJAAN BN YANG ZALIM ATAU PENGKRITIK TOLOL PAKATAN PENGGANAS PRO KOMUNIS YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI?

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...