Jumaat, 23 September 2011

JOM BELASAH KOW-KOW!!! .. POK NIK NAK HUDUD biaDAP NAK ...????

Hambe cuma hendak mengulas sedikit mengenai dua pendapat daripada dua orang bloger tersohor PISAU dan GERAKAN ANTI PKR dalam isu Pok Nik meroyan hendak Hudud setiapkali bila dekat masa PRK dan PRU. Benda yang sama Pok Nik gunakan. Bila di cabar dan diberikan laluan, gelabah kelam kabut orangtua itu hendak laksanakan Hudud. Bagi menutup pembohongannya, orangtua itu persalahkan UMNO, seperti amalan biasa PAS sejak 1951.

GERAKAN ANTI PKR (GAP) dengan jelas dan terang memperingatkan semua mengenai kenyataan Husam Musa pada 22hb Disember 2008 yang kemudiannya di sambut dengan girang oleh Lim Kit Siang dalam blognya pada tarikh yang sama. Husam Musa terang-terang kata 'HUDUD BUKAN POLISI PAKATAN'.


PISAU pula mengingatkan kita kepada perjalanan pembohongan PAS, bermula dari NEGARA ISLAM ke NEGARA KEBAJIKAN bila biaDAP berdehem tukar topik lagi hendak Hudud. Orang PAS sendiri merungut bila puluhan ribu sudah dihabiskan unutk menerbitkan buku NEGARA KEBAJIKAN. Alih-alih Pok Nik buat U-Turn. 

Hambe pula hendak mengingatkan semua mengenai kenyataan Nizar Lambai dalam sidang DUN masa beliau belum terkena badi jawatan Menteri Besar Perak terbalik kereta depan pejabat UMNO Perak. Apa Nizar kata? NEGARA ISLAM TIDAK ADA DALAM MANA-MANA TRANSKRIP PERLEMBAGAAN PAS dan DOKUMEN. Itu sebelum NEGARA KEBAJIKAN lagi. Layan video ini.



KUAT BENO LAH PUAK-PUAK SERBAN PAS NI BERBOHONG !


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...