Jumaat, 23 September 2011

AL KISAH Merampok Ekonomi Rakyat VISI PKR.

Apa beza antara penyamun dengan PKR? Kemudian apakah bezaya pula antara penyangak dengan PKR? Selepas itu apakah bezanya perompak dengan PKR? Seterusnya apa bezanya MESS dengan visi ekonomi Merompak Ekonomi Rakyat Selangor?

Takrifan 'MESS' ialah sesuatu keadaan yang kelam kabut dan tidak terurus. PKR Selangor di bawah pentadbiran Khalid Gagap dengan gandingan biaDAP serta Penasihat Ekonomi RM1, melaksanakan sebuah Agenda yang dinamakan mereka sebagai Merompak Ekonomi Selangor. Apa yang mereka rompak selama tiga tahun ini?

Pertama mereka melantik kroni-kroni mereka memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam GLC-GLC milik negeri Selangor dengan gaji RM20 ribu -RM40 ribu sebulan.

Kedua, mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak menghiraukan sebarang Agenda memelihara dan menaiktaraf status ekonomi bangsa Melayu agar dapat bersaing secara sihat dengan kaum-kaum lain di Selangor.

Kini GLC-GLC Selangor banyak kehilangan aset bernilai tanpa sebarang penggantian. Apa bakal berlaku kepada peniaga-peniaga Melayu di bandar-bandar utama di Selangor yang selama ini mengharapkan GLC-GLC seperti PKNS dan YAYASAN SELANGOR membantu menyediakan tempat untuk mereka berniaga?

Adakah takrifan MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR ialah meminggirkan rakyat Selangor? seterusnya memperhambakan rakyat Selangor?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...