Selasa, 2 Ogos 2011

WELAWEH NIK AJIH, SUDAH-SUDAHLAH BERPOLITIK .. RUMAH SUDAH KATA PERGI KUBUR SUDAH KATA MARI !

Golden Dragon avatarBagi saya Nik Ajih ini sudah habis tempoh usia untuk berpolitik dan politik bukan lagi medan untuknya mempersiakan umur yang ada. Belaiu wajib disedarkan mengenai hal ini. Allah SWT telah memberikan kepadanya peluang untuk menjadi pemimpin selama lebih 20 tahun di sebuah negeri. Belaiu wajib meletak semua jawatan politik yang di pegang olehnya sejak sekian lama untuk memberikan pula peluang kepada orang baru sepertimana keberanian Rahman Palil bersedia melepaskan jawatan politiknya kepada orang muda. 20 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang pendek relatifnya mengikut teori relativiti adalah mustahil bagi Nik Ajih yang mempunyai berat jisim untuk mengatasi kelajuan cahaya.Pendekata, Nik Ajih sudah kehabisan angin dan tenaga. Eloklah beliau berehat saja dan bersuluk di mana-mana tempat bagi bermuhasabah diri. Tidak akan luak apa-apa jika beliau berbuat demikian. Lagipun perjuangannya untuk mendirikan sebuah daulah Islam sudah ditukar oleh Hj Hadi kepada Negara Kebajikan. Bermakna, beliau sendiri mengakui bahawa selama ini MALAYSIA ADALAH SEBUAH DAULAH ISLAM. 

Tidak perlu lagi Nik Ajih hendak berlawak dan bersenda gurau dalam politik untuk menepis sana sini, buang masa beliau saja. Lagi elok baginya menghabiskan sisa usia yang ada dengan beribadah dan memohon keampunan. Juga tidaklah perlu lagi beliau mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang menampakkan keletihan beliau sendiri apabila cuba menepis dakwaan mengenai peranan dalangnya memujuk KU LI menjadi Ketua Pembangkang.

Beliau (Nik Ajih) patut sudah lama menyedari bahawa penglibatannya di dalam politik banyak merugikan masa, tenaga dan usia nya sendiri. Tidak banyak jasa beliau di dalam bidang politik dan dalam memperkuatkan ISLAM selama ini. Beliau cuma popular di kalangan pengikut taksobnya. Itulah saja pencapaian politik Nik Ajih. Pada saat kewafatan baginda Rasullullah s,a.w. semasa para sahabat enggan menerima kenyataan itu maka berdirilah saidina Abu Bakar as-shiddiq memperingatkan semua yang hadir dengan kata-kata hikmah seperti berikut . " Barangsiapa beriman kepada Muhammad, Muhammad sudah wafat tetapi barangsiapa beriman kepada Allah swt, Allah swt itu tidak mati "

Saya cuma ada perkataan ini hendak disampaikan kepada semua dan kepada diri saya sendiri " Barangsiapa memuja Nik Ajih "RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI jua, tapi barangsiapa memuja dan memuji Allah SWT, ALLAH SWT ITU KEKAL ABADI"

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...