Selasa, 2 Ogos 2011

DR MUHAMAD RIDZWAN BAWA KEMENANGAN BESAR KEPADA ISLAM!

Golden Dragon avatarMenurut bloger GAP (gerakan-anti-pkr.blogspot.com), Dr Muhamad Rizdwan berjaya memujuk bekas isterinya Shamala menarik balik rayuan ke peringkat mahkamah rayuan. Kes pertikaian penjagaan dua orang anak antara Shamala bekas isterinya beragama Hindu telah berjaya diselesaikan dengan cara baik melalui persefahaman bersama. Shamala dan bekas suaminya telah lama berpisah dan Dr Muhamad Ridzwan berjaya mendaftarkan kedua anaknya menjadi muslimin. Keputusan itu kemudian di cabar oleh Shamala di mahkamah sivil.. Kes ini menjadi kecoh sekitar 2004 apabila ada tangan-tangan ghaib Sosialisma masuk campur menyebelahi Shamala. 


Dalam Islam, ibu tetap ibu walaupun beragama lain. Kini, penyelesaian cara baik antara keduanya melalui persefahaman bersama diharapkan puak-puak Sosialisma tidak lagi hendak gatal-gatal tangan menyibuk dalam urusan keluarga keduanya. Pengalaman Malik Kasim sebagai EXCO Agama, Perdagangan Dalam Negeri Pulau Pinang dari parti PKR  yang cenderung kepada Sosialisma berlaku tutup sebelah mata seperti lambang parti Dajal al Masikh PKR mempertahankan pesta ria di Queensbay diadakan dalam bulan Ramadan dengan alasan 'Takkan semua perkara di Pulau Pinang hendak salahkan kerajaan negeri. Itu kawasan private. Mereka sewa dari Queensbay. Kita tidak terlibat dan tidak mengetahui mengenai penganjuran pesta ria itu" dijadikan iktibar kepada semua mengenai bahaya SOSIALISMA. Bagi SOSIALISMA , ianya PERSENDIRIAN dilakukan dalam persekitaran AWAM jika melibatkan soal agama. 

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...