Selasa, 2 Ogos 2011

AMAT MENARIK , ISTERI ARWAH BAHARUDDIN ALI MEMFAILKAN NOTIS SIASATAN PUNCA KEMATIAN ARWAH.

Golden Dragon avatarPERKEMBANGAN PALING MENARIK. Isteri kepada arwah Baharuddin Ali memfailkan Notis Siasatan Punca Kematian Baharuddin Ali. Menurut sumber maklumat tukang fitnah pembangkang Baharuddin Ali mengalami beberapa kecederaan serius seperti patah tulang rusuk. Jawapan yang diberikan oleh sumber maklumat kerajaan pula ialah ianya disebabkan oleh percubaan CPR. Tukang fitnah pembangkang mengejek jawapan balas kerajaan dengan mengatakan begitu kasarnya CPR yang dilakukan. Selepas PDRM membuat tayangan video yang mendedahkan semua pebohongan pembangkang. Notis Usul yang difailkan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Rosni Malan 55 balu kepada si arwah adalah bagi mendapatkan perintah suatu siasatan punca kematian arwah suaminya mengikut Prosedur Kanun Acara Jenayah.


"Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta. 
Pemohon juga antara lain memohon semua laporan polis, penyata percakapan saksi-saksi serta lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kematian Baharudin turut diserahkan kepada peguam.
Dalam afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Rosni berkata dia dimaklumkan oleh anaknya, Hadriyudin bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia dekat bangunan Avenue K, Jalan Ampang di sini ketika menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu. 
Rosni berkata dia dimaklumkan oleh saksi bahawa banyak anggota polis dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu menyuraikan mereka yang terlibat dalam perhimpunan. 
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata mengikut makluman daripada saksi sama, beberapa das gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai dan mereka yang hadir terpaksa berlari untuk mencari perlindungan. 
Di dalam keadaan kelam-kabut, Rosni dimaklumkan bahawa suaminya telah terjatuh dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat terhidu gas pemedih mata dan Allahyarham juga tidak sedarkan diri. 
Rosni berkata dia tidak berpuas hati dengan semua pihak yang telah membuat kenyataan media mengenai kematian suaminya, yang kononnnya telah mati akibat sakit jantung manakala sijil kematian menyatakan bahawa punca kematian “masih menunggu analisis makmal”. 
Ketika ditemui pemberita, Rosni berkata tujuan dia memfailkan notis usul ini untuk memohon satu siasatan berkaitan kematian suami diadakan bagi menentukan sebab sebenar kematiannya. 
“Tujuan saya ikhlas dan ini adalah penting untuk saya dan keluarga kerana mereka perlu mengetahui bagaimana cara kematiannya kerana suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda-tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius,” katanya."
Inilah bahayanya apabila kerajaan di lihat sebagai lemah dan mampu diperkotak-katikkan. Adalah amat merbahaya bagi kerajaan untuk di lihat seperti itu. Pengalaman lepas sudah mengajar kita bagaimana pengampunan beramai-ramai  oleh arwah Tunku Abdul Rahman kepada 11 anggota PKM yang telah di hukum mati pada JUN 1968 telah menjadi salah satu punca kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 kerana SOCIALISTS FRONT, DAP, PAS melihat kerajaan di bawah Tunku Abdul Rahman boleh di gertak-gertak, di buli dan pengecut. Sepertimana yang pernah di tulis oleh Tun Dr Mahathir kepada arwah Tunku Abdul Rahman selepas tragedi 13 Mei 1969 seperti berikut:
" You yourself told me that you have prevented a riot by commuting the death sentence of 11 subversive Chinese. In truth this very action sparked the riots of 13th May which resulted in the death of many, many more.
Bukanlah soal salahfaham atau apasaja tetapi sejak 1964 bilamana Lee Kuan Yew memulakan permusuhan politik dengan Tuanku Abdul Rahman di tambah lagi dengan ancaman fahaman komunisma melalui gerakan politikal Sosialis, tektik dan strategi kebencian kaum yang digunakan oleh pembangkang adalah sama saja seperti hari ini. Kenapa tidak belajar dari sejarah?
 TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...