MISMAH OO MISMAH ... nama yang popular selepas MOHD SHUHARDI pasca kegagalan BERSHIT RM200. Malasnyakini menyiarkan apa yang mereka dakwa sebagai keajaiban di pihak mereka di mana mereka berjaya membuat aksi halusinasi yang setaraf dengan DAVID COPPERFIELDS. Malasnyakini mendakwa telah 'terjumpa;' suatu bukti di mana JPN telah mendaftar seorang manusia ajaib nama MISMAH tiada diketahui jantinanya samada lelaki atau wanita tapi namanya saja diketahui iaitu MISMAH. Sila lihat gambar mykd di bawah ini nama MISMAH yang dijadikan bahan bukti oleh Malasnyakini.
Saya hubungi GOMO dan GOMO mempunyai teori mengenai MISMAH ini mungkin nama speedboat mewah yang dibeli oleh Lim Guan Eng. Saya kemudiannya menyemak kembali dengan rakan-rakan bloger Pulau Pinang, dan mereka menyatakan mungkin nama MISMAH ini ialah nama 'mistress' yang dikongsi bersama antara bapa dan anak. Apapun sehingga kini masih belum diketahui siapakah MISMAH yang dijadikan sebagai 'Nama Contoh' dalam prosedur memohon mendapatkan MYKAD merah dan prosedur bagi menukarkan status PR Merah kepada status warganegara oleh JPN. Mungkin Administrator dan Master web JPN boleh memberikan penjelasan mengenainya siapakah MISMAH ini. Berikut adalah beberapa wajah yang mungkin merupakan MISMAH tersebut. Ini kerana jelas tertera pada kedua mykad itu tertulis perkataan ' CONTOH' atau 'SAMPEL" bentuk dan warna MYKAD MERAH UTK PENDUDUK TETAP dan MYKAD BIRU UTK WARGANEGARA. JADI TIDAK SALAHLAH KOT SAYA MEMBERIKAN PULA SAMPEL GAMBAR-GAMBAR 'MISMAH' .. yea tak ?
WAJAH-WAJAH SAMPEL/CONTOH MISMAH
3 ulasan:
tp mismah ada dlm daftar pemilih bro..cuba check tgk...
mmg ada la..aku pun check jugak...aku tak rasa malaysikini bohong dlm kes mcm ni..sb bukti ada depan mata...
Kalau ada buktikanlah cari siapa Mismah ni. Gambar macamana, alamat dimana, asal usulnya...samada dia rakyat Malaysia atau betul pendatang. Periksa betul2.
Mmmm kalau betul pun siapa tahu dia mengundi parti yang mana..
Catat Ulasan