Rabu, 3 Ogos 2011

KES PRIMA FACIE ANWAR IBRAHIM LIWAT SAIFOL. KISAH PERMOHONAN SAKSI.

Golden Dragon avatarSEBELUM puak SOSIALIS PKR hendak buat temberang, lebih baik saya ceritakan dulu kepada orangramai mengenai prosedur permohonan saksi yang di minta oleh Anwar Ibrahim ini. Permohonan seperti itu tertaklukkepada prosedur di bawah KANUN ACARA JENAYAH . Di bawah tajuk kecil Perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Permohonan saksi yang di minta oleh Anwar Ibrahim bukanlah hak mutlak kepada nya. Anwar boleh memohon mana-mana indiviidu untuk menjadi saksi bagi pihaknya tetapi mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan samada saksi-saksi yang di pohon oleh Anwar Ibrahim dibenarkan atau tidak dibenarkan. Peruntukan undang-undang mengatakan jika permohonan Anwar Ibrahim itu didapati sebagai mengaibkan, meremehkan, menyusahkan dan bertujuan merosakkan tujuan proses mencapai keadilan, mahkamah boleh menolak mana-mana saksi yang di pohon oleh Anwar. 


Sebenarnya, Anwar yang dibuktikan ada kes prima facie meliwat bontot Saiful hendak buat sarkis mengenai sebarang penolakan yang di perintahkan oleh mahkamah ke atas mana-mana saksi yang di pohon supaya beliau boleh puatr-putra alam dan menuduh mahkamah adalah alat UMNO, kepala hotak beliau. Jika anda membaca blog-blog dan lapuran-lapuran akhbar mengenai senarai saksi-saksi yang di pohon (tak tentu lagi samada dimasukkan ke dalam permohonan) anda dapati tiada dalam senarai nama-nama pakar forensik luar negara yang diwar-warkan olehnya selama ini. Cuma kita ketahui ada nama PM dan isterinya. Jadi anda faham-faham sendirilah rekayasa yang hendak Anwar putar-putarkan nanti. Kita memang akan disajikan oleh Anwar Ibrahim dengan drama swasta yang menarik lagi membosankan nanti . Permohonan itu juga adalah sebagai helahnya unutk melambat-lambatkan kesnya. 

ANWAR IBRAHIM, BILA KAU NAK BERTAUBAT NASUHA DAN BERHENTI BERBOHONG? RUMAH SUDAH KATA PERGI KUBUR SUDAH KATA MARI, ELOK KAU HABISKAN MASA USIA EMAS KAU ITU NIKMATI PEMBERIAN SAGUHATI RM100.00 DARIPADA GUAN ENG JE.

TEPUK DADA TANYA IMAN !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...