DI MANA SILAPNYA? BUDAYA HALUS PERIBADI MULIA MELAYU DIJADIKAN SANDARAN DAN ALASAN PALING MEMUALKAN UNTUK MEMBERSIHKAN KESALAHAN FITNAH. MUDAHNYA. SEPANJANG HAYAT BUAT FITNAH, KEMUDIAN SELEPAS MATI DIKATAKAN KEPADA ORANGRAMAI, AMPUNKANLAH DOSA SI ARWAH. KALAU TAK AMPUN DITUDUH TIDAK ISLAMIK DAN DI ANCAM ' NANTI BILA KAMU MATI NANTI ALLAH SWT BALAS!' SEDANGKAN DI DALAM AL QUR'AN DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT AGAR DIKENAKAN HUKUMAN BUNUH KE ATAS TUKANG FITNAH DI MANA SAJA DIJUMPAI. BAHKAN ATOK KEPADA PAK LAH SENDIRI PERNAH MENEKANKAN PERKARA YANG SAMA SELEPAS MERDEKA.
Budaya Amalan Maaf Bermaafan yang diamalkan oleh orang Melayu kini dipermainkan dan dijadikan bahan senda gurauan sahaja. Sebenarnya amalan bermaaf-maafan ini perlu ada batasnya dan bukan diamalkan tanpa batas seperti hari ini. Ya KOMPAS mohon maaf, tapi KOMPAS mohon maaf setelah banyak kerosakan berlaku akibat fitnah yang disebarkan. Kerosakan yang telah berlaku itu tidak akan dapat diperbaiki oleh MAAF! Dosa melakukan Fitnah ini sama dengan membunuh. Paling tidak wajib dikenakan Wang Darah ke atas KOMPAS. Hanya memohon maaf nampaknya begitu murahnya harga kerosakan fitnah yang telah dilakukan.
Memerangi fitnah dan mengambil tindakan ke atas tukang fitnah adalah kewajiban pemerintah yang berkuasa. Ada beza dan batasan antara kebebasan bersuara untuk mengkritik dan melakukan fitnah. Fitnah adalah suatu perbuatan yang disengajakan untuk memburukkan dan menjatuhkan maruah pihak yang di fitnah. Perbuatan Fitnah tidak seharusnyanya dilepaskan begitu saja hanya dengan permohonan maaf.
Memanglah mulia pekerti memaafkan kesalahan orang lain tetapi memaafkan Fitnah ? Terlebih mulia pekerti apabila MENGHUKUM PEMFITNAH SEBAGAI KIFARAH KEMAAFAN YANG DIBERIKAN. MAAF JUGA KAN. Yea tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan